Monday, July 22, 2013

Wedding Progress :)


Rasanya wedding progress ade la dalam 60% da siap . Banyak jugak yang da bayar dan banyak jugak yang dah beli . borang pon dah diberikan kepada pihak lelaki . tunggu B isi dalam form pastu saya akan isikan online . tok kadi tak book lagi . tunggu borang pihak lelaki dulu . Alhamdulillah urusan untuk mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan da selesai dengan smoothnya .

Well , nak bagitahu . untuk wedding saya nanti hanya buat majlis untuk satu belah pihak sahaja . dan of course la disebelah pihak perempuan , iaitu di rumah saya . kata parents B , they all suruh jimat , buat satu wedding je . ye la . kami kan bru beli rumah , gunakan duit yang ada untuk masuk ke rumah baru tu nanti . dan tentunya selepas kawin juga memerlukan simpanan duit ye dak . takkan nak perabih tuk kawen je . memang la kahwin tu sekali je . tapi Tepuk dada , Tanya poket . hewhewheww :)

Baju untuk Reception dah tempah untuk dua busana . cuma baju untuk Solemnization masih belum tempah . Mungkin selepas raya baru fikirkannya . biarlah lepaskan Raya dahulu kerana sekarang pon semestinya tukang jahit sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan raya ye dak :)

Kadang-kadang balik Teluk Intan pon selalu berbincang dengan Mak tentang perjalanan majlis saya . mak berharap sangat majlis saya nanti akan dibuat dengan agak meriah . bukan apa , saya sahajalah satu-satunya yang tinggal dalam keluarga yang belum berkahwin . bak kata orang majlis terakhir dalam keluarga la katakan . hewhewheww . malu ai ^_____^

so , InsyaAllah saya akan wat yang terbaik untuk majlis saya . since saya pon hanya mempunyai SATU majlis sahaja :)







No comments: