Tuesday, January 8, 2013

Tips Memilih Cincin :)

assalam bride to be dan orang awam sekelian . arini i nak story bout Lord of the Ring . eheehh tak . tak . tak . actually nak story pasal RING @ CINCIN . memang dah banyak blogger lain bercerita mengenai Tips Membeli Cincin . tapi yang i nak story ni berdasarkan pengalaman yang telah diri i alami sendiri . diri i kan pengantin budget , jadi i nak share la cara nak beli cincin emas risik / bertunang / nikah dengan cara yang bijak dan menjimatkan :)

makanya i akan bermula dengan cincin risik i . cincin risik i , i beli kat P*h K*ng , SOGO KL . dah lame gak beli before set date untuk E-Day aritu . rege dalam RM500+ . cincin belah rotan je , emas 916 .

while cincin tunang i lebih kurang macam cincin belah rotan , tapi berukiran di atasnya . yess . yess . yess . memang cincin bertunang seharusnya ada Shine Bright Like a Diamond . tapi i tammo . sebab selalunya cincin yang ada batu ni bukannya emas 916 . rege cincin tunang i tu plak dalam RM800+ je . tapi agak berat la jugak . untuk diri i , i lebih sukakan emas 916 , thats why i tammo cincin berlian . cincin tunang ni i beli kat kedai emas biase je , kat 1st floor Rapid Mall , Giant Teluk Intan .

1. PRICE - ape yang bezanya , cincin risik i beli kat P*h K*ng SOGO KL , cincin tunang i beli kat Kedai Emas GIANT TELUK INTAN . yang paling beza ialah faktor HARGA . yesss . upah tukang emas kat kedai emas yang ada nama memang mahal . sedangkan kalu yuolls beli emas kat kedai emas biasa , dah tentu-tentu yuolls akan dapat lebih berbaloi daripada kedai emas berjenama tu . kiranya , dengan harga RM500 , yuolls boleh dapat cincin emas yang lebih berat berbanding dari kedai yang berjenama tu . haaa . haaa . nampak tak permainan dia ?

2. URBAN n SUBURBAN - KUALA LUMPUR dan TELUK INTAN . bagaikan langit dengan bumi . ececeehhh . berdrama pulak . dah nama pun KL . of course la kat sana semuanya harga mahal . sedangkan kat sana air fresh orange pon harga RM5.00 , kat Teluk Intan paling mahal pon baru RM2.80 . haaa . inikan pulak emas . dah tentu la kemahalannya jelas ternyata . jadi , faktor KAWASAN juga memainkan peranan yang penting ya tuan-tuan dan puan-puan . tambah yuolls beli kat shopping mall terkenal cam Sogo / Mid Valley / KLCC ke , lagi la laju duit yang yuolls kena keluarkan . belilah emas di kawasan-kawasan yang luar bandar ya .

3. REWARDS / POINTS - mase i beli cincin risik kat P*h K*ng , i tak de pulak diberitahu mengenai pengumpulan mata ganjaran . die takde pon suruh i kutip-kutip points . tak tau la kalu P*h K*ng memang tak buat activity Pengumpulan Mata-Mata Ganjaran tu . tapi , kat kedai emas yang i beli cincin tunang tu ade . i siap dapat Rice Cooker / Periuk Nasi Electrik taawww . cayalah . at least i boleh guna periuk tu untuk masak nasi . barangan elektrik yang penting dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang busy bekerja dan mahukan nasi masak dengan cepat ketika perut sedang lapar . huu . actually depends jugak berapa points yang korang dah kutip , lagi banyak points dikumpul , lagi la banyak barang yang mahal yuolls boleh dapat .

4. DISCOUNT - kat P*h K*ng , kalu dapat discount pon , takde la banyak seperti kat kedai emas biasa . sebab mase i beli cincin tunang , banyak jugak discount yang i dapat . tambah-tambah i beli gelang untuk upacara batal air sembahyang sekali time tu terus *rege gelang skang ni paling minimum RM2k . seb bek time tu tunang i bawak duit lebih . dapat la sambar cincin tunang n gelang nikah sekali . hewhew . haaa . time tu lagi la i dapat discount banyak dan melakukan penjimatan yang tiada tolok bandingnya . hihii :)

5. last but not least , belilah emas awal-awal , sekarang kan rege emas makin lama makin meningkat . jadi , berbelanjalah wang anda ke arah penjimatan .

#i bagi tau info ni untuk bride to be yang nak budget cam i . jika ada bride yang sukakan brand untuk emas diorang , tak apa . kemahuan masing-masing . tiada salahnya . masing-masing ada budget mereka sendiri untuk emas yang mereka idamkan dihari bahagia mereka . tapi paling penting ikut juga budget bakal suami anda . dia yang perlu keluarkan duit , jadi jangan nak merayu hentak-hentak kaki di dalam kedai emas sambil menuding jari kearah design emas yang korang jatuh cinta buat pandangan pertama dan buat muka comel ke arah bakal suami korang sambil mengatakan "Abbaaaannngggg , pellliiisss . naaakkk yang itteewww . naakkk yang bling-bling tuuuuu" . huu . berbincanglah dahulu dengan beliau seeloknya ya . semuanya akan jadi mudah jika kita berbincang besama-sama dahulu sebelum membuat keputusan . huu :)

*hihii . btw , thanks kat my B sebab dah mengabiskan duit untuk membeli cincin tunang n risik i mengikut kehendak i . tapi masih on your budget . hihii . lebiu more :)



No comments: