Friday, December 13, 2013

Henna untuk Solemnization | Eiqa & Meor | 29.11.2013 ♡

Alkisahnya, saya sudah pun membuat henna sehari sebelum majlis pernikahan Jumaatnya. Iaitu pada Khamis petang.

Saya lakukan di kedai India, sederet Restorant Nikmat Bandar Baru. Saya sudah lupa nama kedainya. Maafkan saya -.-"

Sebelah tangan RM10. Jadi kedua tangan saya berjumlah RM20 sahaja. Henna sahaja.

Malam itu, agak lewat sekitar pukul 12.30am saya diinai menggunakan inai tumbuk. Shida dan Azinar yang pakaikan saya inai. Terima Kasih sangat Ya Allah.

Unfortunately, keesokan paginya inai tak pekat. I wonder why jugak la sebab da pakai semalaman kan. Tu yang pagi Jumaat harus mencari inai tiub untuk back up.

Saya syorkan inai tiub Rani Gold. Beli di kedai menjual barangan India. Macam saya, saya beli di kedai Madura berhampiran Menara Condong Teluk Intan.

Ni gambar henna saya. Saya pilih corak yang simple dan hanya sehingga pergelangan tangan sahaja.


posted from Bloggeroid

No comments: