Thursday, July 25, 2013

Burger Hijau Tanjung Malim :)




hi . malam ni actually nak cerita pasal wedding progress . nak cerita pasal DOORGIFT . da esaited dok nangkap gambaq doorgift . tetiba cable usb untuk sambungkan nfon ngan pc da rosak . aigooo . putus semangat nak hapdate blog . 

so , saya pon ubah topic . topic apa ? topic makanan la ye dak . tapi makanan ape ? makanan barat . iaitu Crabby Patty . hewhewheww ^_____^

nama kedainya LOVEATS , Tanjung Malim . dekat dengan UPSI .

burger yang nak saya share ni sangat berlainan dengan burger yang terdapat di daerah Tanjung Malim ini , ianya bewarna hitam . ya , rotinya bewarna hitam , urmmm atau pun bewarna hijau lumut macam tu . nampak sangat horror dan scary untuk ditelan . tetapi percayalah . sangat sedap . hoyehh hoyehh :D

saya da pernah pergi empat kali , tapi pernah makan dua kali . muahahaa . macam mana tu ? owh oke , ceritanya kali pertama pergi dapat makan . kali kedua pergi , burgernya sudah habis kerana pada ketika itu mereka hanya dapat membuat 200 keping patty sahaja , jadi bila masuk pukul 8.30pm , burgernya sudah abes , sedih . kali ketiga pergi pon tak dapat makan lagi kerana masa tu saya pergi awal pukul 4.30pm macam tu , dek kerana terlalu lapar jadi saya tidak mahu menunggu restaurant tu bukak , jadi saya pergi makan satay . yummm . kali ke empat pergi dapat makan sebab pergi pon dalam nak dekat pukul 7.00pm bersama rakan rakan untuk berbuka puasa ketika itu saya puasa ganti . muahahaa :D

dua kali pergi , sekali makan burger daging , sekali makan burger ayam :)

pertama order The Black Pearl (meat) SET . set beerti termasuk air soft drink (gelas besar) beserta fun fries ciptaan LOVEATS itu sendiri . sangat yummy . bagi saya The Black Pearl sangat sedap , bagi penggemar daging iaitu meat lovers , you should try it . awesome sangat . rotinya lembut dan dangingnya sangat besar . sangat puas makan . beserta sos yang sangat sedap . ini The Black Pearl saya . rege dalam RM17+ sahaja .


kali kedua dapat makan di sini , saya memilih ayam pula , tak silap namanya Extraordinary (chicken) , saya ambil SET juga . haruslah set , kalu tak mau makan sambil tercekik sebab tade air . kihkihkihhh . owh , btw ayamnya sangat pejal dan sangat puas makan . cuma saya agak muak sedikit kerana ada telur . fyi , untuk burger ayam ianya terhad , cuma ada dua jenis jika tak silap saya . dan keduanya disertakan dengan telur . rege saya makan adalah RM18+ sahaja .


jadi , bagi saya saya lebih gemarkan daging . sudah pasti apabila saya datang kembali , saya akan order daging yang pastinya . ekekee :)

jadi , jika semua nak merasa burger ni boleh la datang di Tanjung Malim . ini facebooknya ---> LOVEATES .

jom layan sikit gambar gambar yang di ambil oleh facebook mereka ini :)







oke , itu sahaja review saya pada kali ini . tak dapat komisyen pon promote burger ni . cuma suka nak beritahu yuolls tentang kesedapan burger ni . hihii . jadi , jemput la singgah Tanjung Malim , Perak , untuk merasa burger yang lain dari yang lain ini . anda pasti takkan kecewa kerana ianya bukan sembarangan burger . muahahaa ^_____^






Antara Samsung Galaxy Note2 dan Samsung Galaxy S4 . Mana Satu ? :)

assalam rakan bloggers :)

wahhh . tetiba je talk about gadget ni . ada durian runtuh ke ? ekekee :)

actually , saya bru dapat taraf tetap berpencen . jadi da boleh keluarkan duit kwsp . Alhamdulillah syukur nikmat Allah S.W.T . jadi , mari kita berjimba ramba . hoyehh . hoyehh . hikhikk :)

takde la nak berjoli katak sangat . cuma nak REWARD myself je . ye la , da keje penat penat membanting tulang , mengerah keringat , jadi nak la nfon yang canggih sikit ye dak . muahahaaa *gelak jahat* :)

--->ini impian yang dah tercapai :
- nak kerja tetap (gomen)
-nak ada kereta sendiri
-nak ada rumah sendiri
dan lain lain lagi.

Terima Kasih Ya Allah :)

jadi duit kwsp ingat nak beli nfon yang best sikit . duit balance kwsp buleh la beli set pinggan mangkuk vintage ke , beli alatan alatan rumah di IKEA ke . hohoo . sebab beberapa bulan lagi nak masuk rumah sendiri dah . hewhewheww :)

jadi dalam fikiran ada dua je nfon yang termasuk dalam senarai . sama ada Antara Samsung Galaxy Note2 dan Samsung Galaxy S4 . Mana Satu ? wuhhh , susahnya nak decide :)

buat masa sekarang , Galaxy Note2 adalah TABLET terbaik Samsung . manakala Galaxy S4 adalah SMARTPHONE terbaik Samsung . keduanya mempunyai target pembeli yang tersendiri :)


tapi diri ini lebih terarah ke Samsung Galaxy Note2 , sebab nampak besar sikit dari Samsung Galaxy S4 . ngehngehngeh :)

Before we get into the details, here’s a quick look at the main differentiation between the Galaxy S4 and the Note 2:
  • Screen size – the Note 2 has a larger display than the S4
  • Stylus – the Note 2 includes the S Pen Stylus, the S4 does not
  • Camera- the S4 has a better sensor
  • Dimensions – the S4 is smaller, lighter and thinner
  • The Note 2 has a larger battery and better battery life
  • The S4 has a superior screen resolution
  • TV Remote – the S4 has a built-in IR Blaster so that it can act as a remote control
  • The S4 has newer software features (TouchWiz)
  • The S4 has a newer version of MHL for video out
tu la . bab kebesaran screen memang pilih Note2 . tapi bab camera memang pilih S4 . bab ketahanan bateri memang pilih Note2 . bab resolution screen memang pilih S4 . wuhhh . *fengsan*
:
:
:
:
:
bawah ni pulak ada perbandingan antara Galaxy S4 , Galaxy S3 dan Galaxy Note2 .


senang citer beli keduanya buleh dak ? muahahaa *feninggg* tulung ~~~

pastu fikir fikir balik nak tunggu Samsung Galaxy Note3 keluar bulan September 2013 ni . ada lagi sebulan lebih ja dia nak keluar . harga pasti kebabom . dan spesifikasinya pasti lebih gah dari kedua jenis gadget pilihan hati ni . hurmmm *wondering* ~~

kalu da tunggu Note3 , nanti mesti nak tunggu S5 pulak . bahahaa . manusia takkan buleh kejar arus kemodenan gadget . lain la kalu dia *millionaire* or *billionaire* . lalalaa ~~

actually bukannya tunggu Note3 sebab nak beli Note3 , tapi sebenarnya buleh la beli Note2 atau S4 kerana tatkala itu rege kedua gadget tu pasti da jatuh . muahahahaa . bagus tak idea nih ^____^

tapi yang penting , memang tak la beli gadget rega RM2k . cakap dengan B aritu , nak beli nfon mahai . tapi B cakap :
"Dari beli nfon mahai , baik beli EMAS , ade gak faedahnya"
wuhuuu . SENTAP sangat . tertampar rasanya diri ini dengan jawapan beliau . tak kira , tak kira , nak gak nfon bawuuuu *budak degil* T_____T

#tapi tatau nak pilih yang mane satu . wuhuu -____-"




Monday, July 22, 2013

Wedding Theme :)

Homai . homai . homai .
Kali ni saya akan revealed tema wedding saya . saya pon tak tahu macam mana saya boleh pilih color ni . tapi itu yang berkenan dihati , jadi pilihan muktamad telah ditetapkan and i will stick to that color :)

Untuk majlis Solemnization , saya memilih warna :
RED + WHITE
dahulu warna merah agak gah , walaupun begitu , bagi saya , warna Merah tetapi bercirikan Romantik dan penuh dengan rasa Cinta . opss terjiwang pula . jadi untuk melambangkan sucinya sesebuah pernikahan tersebut , Putih harus diterapkan .




Nampak pelik sedikit untuk majlis Reception saya . tema yang bersandarkan warna :
TURQUOISE + PURPLE
bila saya beritahu kepada keluarga dan rakan rapat , mereka agak terkejut . mengapa dua warna tersebut ? bagaimana jika keduanya digabungkan ? mereka tidak dapat bayangkan mengenai combination from this both of colors . jarang ditemui warna ini pada majlis orang lain kan . tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk tetapkan pendirian terhadap warna tersebut . busana saya pada hari tersebut akan menggunakan warna Purple dengan menggunakan design modern . wuhhh *really can't wait* hihii ^___^

mulanya begini , saya adalah seorang peminat tegar PINK , jadi saya beritahu ahli keluarga untuk mereka memakai sedondon warna pink di majlis saya . permintaan saya ditolak mentah mentah . kata mereka abang-abang ipar saya dan anak-anak saudara lelaki saya tidak mahu memakai baju bewarna pink . saya fikir ada betulnya , kebanyakan lelaki akan merasa janggal jika memakai baju bewarna pink . tapi nasib baik my B boleh je pakai baju bewarna pink jika saya menyuruhnya . thank you sayang . berbalik pada kejadian , saya mula menukar fikiran . jadi terhasih la dua warna yang saya idamkan untuk majlis saya nanti . iaitu gabungan Turquoise dan Purple . by hook or by crook , family saya akan memakai warna ini . hewheww:)




manakala untuk busana kedua saya pula , saya memilih warna :
PINK + GREY
tak lepas lepas jugak warna pink tu . wajib hokeh . tak dapat untuk busana pertama , jadi saya masukkan warna tu kepada busana kedua . busana kedua agak bercirikan busana pengantin ke arah ketimuran . jadi ada beza terhadap busana saya yang pertama iaitu bercirikan modern . saya berharap sangat agar kedua dua baju yang di tempah khas untuk saya tersebut akan menjadi busana yang saya idamkan . maknanya kedua dua busana tersebut adalah baru dan mengikut design yang saya mahukan . hewheww ^____^



baiklah , sampai di sini sahaja cerita saya mengenai tema wedding saya . jumpa di lain post ya . thank you for reading :)




Wedding Progress :)


Rasanya wedding progress ade la dalam 60% da siap . Banyak jugak yang da bayar dan banyak jugak yang dah beli . borang pon dah diberikan kepada pihak lelaki . tunggu B isi dalam form pastu saya akan isikan online . tok kadi tak book lagi . tunggu borang pihak lelaki dulu . Alhamdulillah urusan untuk mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan da selesai dengan smoothnya .

Well , nak bagitahu . untuk wedding saya nanti hanya buat majlis untuk satu belah pihak sahaja . dan of course la disebelah pihak perempuan , iaitu di rumah saya . kata parents B , they all suruh jimat , buat satu wedding je . ye la . kami kan bru beli rumah , gunakan duit yang ada untuk masuk ke rumah baru tu nanti . dan tentunya selepas kawin juga memerlukan simpanan duit ye dak . takkan nak perabih tuk kawen je . memang la kahwin tu sekali je . tapi Tepuk dada , Tanya poket . hewhewheww :)

Baju untuk Reception dah tempah untuk dua busana . cuma baju untuk Solemnization masih belum tempah . Mungkin selepas raya baru fikirkannya . biarlah lepaskan Raya dahulu kerana sekarang pon semestinya tukang jahit sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan raya ye dak :)

Kadang-kadang balik Teluk Intan pon selalu berbincang dengan Mak tentang perjalanan majlis saya . mak berharap sangat majlis saya nanti akan dibuat dengan agak meriah . bukan apa , saya sahajalah satu-satunya yang tinggal dalam keluarga yang belum berkahwin . bak kata orang majlis terakhir dalam keluarga la katakan . hewhewheww . malu ai ^_____^

so , InsyaAllah saya akan wat yang terbaik untuk majlis saya . since saya pon hanya mempunyai SATU majlis sahaja :)







Sunday, July 21, 2013

IFTAR at Kenny Rogers Roaster , AEON Rawang :)



sabtu B kerja , so tengahari saya call Kenny Rogers kat AEON Rawang untuk book Iftar , harus ke sana arini sebab da janji nak temankan B pergi beli baju raya . since saya punya kelengkapan raya dah complete , jadi haruslah menemani my Encik Tunang tu shopping untuk raya juge .

tahun lepas kitorang pergi Aeon Rawang untuk beli baju raya dia . sut baju melayu jenama Crocodile rege around RM100+ color blue black.

tahun ni tema raya kami MERAH mak ngah . ekekee :)

so cari punya cari takde yang B berkenan dengan design sut baju melayu yang ditawarkan . actually B memang cerewet sikit bab bab pemilihan baju . tu je la perangai die yang saya agak pening memikirkan . B kalau bab makanan dia langsung tak kisah . makan la apa pon . order la apa pon . dia akan makan . cuma makanan tu haruslah NASI dan makanan ala ala kampung . permasaalahannya ialah saya ni sukakan makanan ala ala Western . kalau nak cari restaurant sangat susahkan puaskan hati kami berdua . tapi kadang kadang kami bertolak ansur dan selang seli . kejap masakan kampung , sekejap masakan Western . give and take . tapi kalau bab pakaian , B memang cerewet . susah nak puaskan hati dia bab bab pakaian ni . motip utama ciri ciri baju pilihannya ialah :

1. baju tu kena ada colar . wajib bercolar . kalau baju t-shirt yang takde colar , dia akan buat baju untuk tido je katanya -.-"

2. baju tu tak nak bercorak atau berjalur banyak banyak . kalau ada corak dan tulisan pon mesti sikit je . takde la baju berbunga bunga bagai . kalau t-shirt tu kosong , lagi dia suka -.-"

3. baju tu kainnya haruslah berlubang lubang . maksudnya bukan kain cotton . contohnya macam baju t-shirt POLO , kan bajunya berlubang lubang . haaahh , camtu la dia suka -.-"

tapi kalau ade perkara yang mewajibkan dia memakai t-shirt selain berciri cirikan di atas , dia kena paseghah jugak makai . ekekekee :)

berbalik pada baju raya B , kami TAK JUMPA pon yang dia berkenan . as usual perangai fussynya berpindah ke baju sut melayu . dia tanak baju melayu yang licin , kainnya kena lembut dan kesat . agak susah nak dicari gitteeww -.-"

lastly , tunangnya ni yang bershopping . aim sepatutnya arini nak cari baju sut melayu B sahaja sebab semalam da shopping sakan kat SOGO ngan Jalan Tar sampai balik lewat malam bersama rakan-rakan . tapi saya hanya insan yang lemah . tak mampu menahan diri dari perkataan SHOPPING . akhirnya telah grab handbag -.-"

handbag POLO ada discount 50% gila tanak amek . actual price RM219 , after sale jadi RM109 . hahahaa . hamekkk :)

kendian saya pon IFTAR dengan bahagianya . pastu kecian dengan B , cakap kat dia "takpa B, nanti owang teman B g shopping sut baju melayu kat Jalan Tar seblom Raya ya" huahuaa :)





*tak tau awat gambaq B tak leh nak rotate -.-"

*owh by the way , kalu nak reserved untuk IFTAR , korang buleh call number ni untuk booked kat Kenny Rogers Roaster , Aeon Rawang :
03-60914626



Progress Raya 2013 :)

minggu ni tak balik Teluk Intan pon . so , weekend dihabiskan waktu siangnya untuk pergi shopping raya dan waktu malamnya dihabiskan untuk menyiapkan progress wedding . al-maklumlah , banyak project DIY untuk wedding saya ni . hopefully Allah S.W.T permudahkan . Ameen .

untuk Raya 2013 ni rasanya dah banyak yang selesai . kasut raya dah beli kat Vincci , SOGO KL , baju raya dah beli kat Butik Peace , tudung raya dah beli kat Jalan TAR , handbag raya dah beli kat AEON RAWANG . Alhamdulillah da cukup semuanya , tunggu nak Raya je ni . muahahaaa :D

tapi voucher SOGO ade lagi . aritu dah claim . due date dia bulan October ni . so , sebelum bulan Sepuluh kena gi SOGO lagik . actually penat g SOGO . hihii . penat shopping . ade je tangan ni nak capai untuk beli . tak boleh tengok murah -______-"

aritu pergi bersama rakan-rakan ke SOGO untuk claim voucher rebate :)






pastu terus IFTAR kat food court SOGO tu . pilih masakan Ayam Penyet je . sebab rindukan kepedasan sambal Ayam Penyet tu . tahun lepas ade pergi IFTAR dengan family di Ayam Penyet Wong Solo kat Bangi . sambalnya , pergghhhh . pedas tak hengatttt . nangis kau makan sambil suap nasi . hewhewheww T_____T"


balik pon da lewat sebab lepas berbuka gi terjah Jalan TAR . dapat la gak sambar 6 helai tudung di sana .

*owh lupa , belum tukaq duit raya . tahun ni agak susah nak tukaq . Bank Negara tak banyak keluaqkan duit RM1 dan RM5 . aigoooo . how come like this .

*zakat pon belom bayaq , InsyaAllah nanti jumpa kembaq bayaq kat dia sebab dia keja Majlis Agama Ipoh untuk kutipan zakat . muahahaa :D





Thursday, July 18, 2013

Make Over Dinding Rumah dengan Design yang Gorjesss Yuolls :)






holaaa :)



Nadia sedang mencari 3 buah rumah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor atau Lembah Klang untuk di makeover dengan begitu gorjes dan setiap satu makeover bernilai RM500 yang mana sepenuhnya ditaja oleh Wall makeover by Na!



gila cakap tak best ? best woooo :)

tapi bukan boleh main join je . ada syarat-syaratnya :)

1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na ---> sini.

2. Like facebook fanpage nadiafarahida ---> sini. 

3. Pilih salah satu gambar design dari facebook fanpage Wall makeover by Na yang kita berkenan untuk buat dekat rumah kita.

4. Buat 1 entry di blog kita, attachkan sekali design yang kita dah pilih siap-siap dari facebook fanpage Wall makeover by Na tadi dan sambungkan ayat dibawah ini :






saya pilih yang ini :)


cantik gila . gila pon tak cantik camni ^____^


" Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini kerana .........................."

1. Alhamdulillah saya baru sahaja membeli rumah teres satu tingkat di Tanjung Malim , Perak. rumah tu saya belum duduk . InsyaAllah saya akan duduk rumah tu selepas tawen . hihii :)

2. InsyaAllah saya bakal mendirikan rumahtangga pada akhir November 2013 ini . jadi boleh tak jadikan adiah ni sebagai adiah perkahwinan saya ? *tak malu* hewheww . takde laaa . terokkan perangai mintak adiah kawen -.-" . actually , selepas berkahwin kami akan berpindah ke rumah baru kami tu . jadi sebelum letak semua perabot bagai , memang langkah kanan sangat la nak mengecat dinding hall rumah kami tu dulu . kalau la dapat plak adiah camni . memang tersangat Alhamdulillah diucapkan . hikhikk :)

3. da termaktub hanya untuk kawasan Lumpur, Selangor atau Lembah Klang sahaja , yang kau gigih pi masuk Give Away ni pasaipa . hikhikk . tapi ada jugak pemenang untuk adiah stensils kannnnnn . kita tak kisah dapat adiah stensils pong sebab kita buleh mengerah tenaga bakal hubby kita mengecat dinding hall rumah kami tuuu . hahaa . gila gedik kau cakap cam budak mengada =.="

4. btw , saya pilih design pink campor putih tu memang kena sangat ngan jiwa raga sanubari saya yang memang menggemari warna pink . pink tu comel . comel oke . siyes kita tangkap cintan ngan design pink tu . hihii (korang jangan wat tangan di dada mata ke atas , kang kita sentap . hihii) designnya pon sangat abstract . macam kat dinding hotel . sangat elegant dan exclusive serta nampak cam rumah orang orang kaya *verangan* hihii .

5. memang nak sangat buat make over kat umah baru kami , nak beli sendiri kat Kak Na rase cam da lari budget . yela , mane nak kenduri tawen lagi , nak honeymoon lagi , nak beli perabot rumah lagi . semuanya perlukan ongkos . so , join la Give Away ni mane tau ade rezeki . hihii :)

gila panjang lebar kan penerangan , ini disebabkan oleh Nadia sendiri bitau yang kita boleh wat karangan essay 150 patah perkataan untuk reason ni *oke tipu* hewheww .

dan lagi satu , tarikh tutup penyertaan ni adalah pada hari ini , 18hb Julai 2013 . motipnya kita baru sedar dan check balik tarikh tutup penyertaan ni . terus taip laju laju sebab takot terLAMBAT . homai . homai . homai -.-"

sekian terima kasih . harap semua sudi baca . tengkiyu ^____^





Saturday, July 6, 2013

Tukar HEADER Untuk Blog Secukup Rasa Garam :)

Assalam .
Selamat malam bloggers sekalian alam . sekarang bersemangat kembali nak update Blog . kesian kan blog ni da bersawang . jadi , dengan semangat yang datang , dan sudah bertukar konsep , maka jadi la header begitu .

Btw , lagi suka header yang sekarang ni . sesuai dengan konsep diri ini . tak terlalu pink . lebih matang dan lebih ke arah penceritaan perjalanan untuk ke alam bertukar status daripada CIK ke -----> PUAN . hikhikk .*maluuu* . doakan segalanya berjalan dengan lancar ya . Ameen .



So , bawah ni header lama . it's too childish . not suit for me anymore . muahahaa :D

So , bawah ni header baru . sesuai . sebab ade Encik Tunang sekali . dan sangat molek di jadikan header bersandarkan konsep blog ni sekarang iaitu :
B2B
(Bride To Be)

So , from now on , mostly i will update my blog usually on my Wedding Progress . banyak benda nak cerita . hihii . *maluuu* . tapi nak tulis gak . oke . later on ya . ni nak tido dulu . Gudnite . Sweet Dream - now dah 12:46am :)