Saturday, August 3, 2013

Resepi Kerepek Popia Nestum versi NareiQa :)

Hi . Assalam :)

Petang ni sangat nyaman . 25 Ramadhan sudah . Saya ada post gambaq Popia Nestum saya di fb . Ramai yang bertanya resepi . Almaklumlah , rasanya juadah ni sesuai untuk semua golongan umoq . Sebab dia macam keropok kerepek gitewww . Selain menjadi juadah di Hari Raya , ianya juga boleh dijadikan sebagai kudap kudapan untuk makan di depan tv . Sedap dan mudah . Jadi saya akan berikan resepinya di sini . Semua gambaq ini diambil oleh saya sendiri ya kerana saya la tukang masaknya . Hewheww :)



Oke ini bahan bahannya :
KISAR:
3 sudu gula
8 sudu Nestum
2 sudu coffee mate
*Saya gunakan coffee mate , jika mahu guna susu tepung juga boleh .
LAIN:
Sepeket kulit popia
*saya guna kulit popia yang size kecil , sebab kalu yang besar tak reti sangat nak kopek kulitnya . Hewheww :)



Mula mula KISAR ketiga tiga bahan bahan tersebut . Letak tepi .

Kemudian bukak kulit popia satu persatu . Saya bukak kulit popia sambil menonton tv :)



Kemudian gulungkan kulit popia menggunakan chopstick . Cantumkan kulit popia menggunakan air masak . Selepas bercantum , keluarkan chopstick dari gulungan kulit popia tersebut :)





Lepas tu guntingkan kulit popia semua tu tadi serong serong . Haaa . Baru la cantik sikit rupanya :)



Kendian goreng sampai masak kulit popia tu semua :)

Lepas angkat , tos sikit minyak , pastu terus masukkan dalam bahan bahan kisar tu . Gaulkan sebati . Ecewah . Macam Masterchef pulok :)



Pastu siap . Taraaa .....!





Jika ada pertanyaan sila kemukakan diruangan comment ya . Selamat Mencuba :)

posted from Bloggeroid

Agihan Duit Raya :)

Semalam hari Jumaat bersamaan dengan 2nd August 2013 . Maka berakhir la seisi persekolahan untuk kanak kanak di sini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri . Mereka akan bercuti bermula 3rd hingga 13th August . Lama kan . Seronok la mereka . Hihii :)

Since semalam last berjumpa kanak kanak prasekolah , makanya perlu la berikan duit raya kepada mereka pada hari tersebut . Kerana mereka akan bercuti sekolah dan akan berjumpa kembali selepas Hari Raya :)

Saya dan kelik Cik Ni pon berilah duit raya kepada mereka , seramai 41 murid murid berumur 5 dan 6 tahun . Ada juga beberapa murid tidak hadir . Rugi wohhh tak datang hari terakhir seblom raya . Kan da takpat duit raya . Hewhewhewww :)

Ni duit raya yang saya agihkan kepada mereka :)



Harap mereka gembira . Selain saya , guru prasekolah Cikgu Sobri dan Cikgu Ros , Cik Ani dan pihak sekolah Cikgu Rusli juga memberi murid murid duit raya . Wuhhh . Seronok mereka kan :)

*Btw , teringat dulu pon happy sangat dapat duit raya . Beratus ratus . Kakak saya ada 3 orang , seorang beri RM50 , dah kumpul RM150 , belum kira yang lain lain beri . Hihii . Seronok sangat ^^

Ni seisi bergambar dengan jejaka jejaka hensem . Hihii :)









Taraaaa ...



Ni seisi Cik Nor dan Cik Ani :)



Hokeh ni versi ustajah :)



Oke last last lastttt . Hihii :)





Bye :)



posted from Bloggeroid

Baju Raya Aaron Aziz by Jakel :)

Semalam g Tanjung Malim . Teman Kekda g beli baju melayu . Baju untuk Aidil . Kekda nak cari color turquoise . Da jumpe . Kami ke Jakel Tanjung Malim . Ambil baju Aaron Aziz . Seronok la Aidil beraya tahun ni bergaya cam Aaron Aziz . Hihii :)

Kelmarin , pon ke Jakel Tanjung Malim . Mencari sut baju melayu dewasa . Aaron Aziz juga . Nampak tak phenomenanya ? Hihii . Baca dalam suratkhabar , 400 000 lebih terjual daripada 500 000 pasang sut baju melayu Aaron Aziz dikeluarkan oleh Jakel . Sangat laku ! Hebat Jakel tahun ni . Huu :)

Jadi saya dan B pon ke Jakel . Lagi pon entry lepas ada menceritakan yang persiapan raya saya da siap , manakala encik tunang belom beli baju melayu lagi . Pergi ke Aeon Rawang juga tak jumpe baju melayu yang berkenan . Jadi kami ke Jakel Tanjung Malim sahaja .



Mencari warna MERAH Mak Ngah . Hihii :)

Sesampainya di Jakel , kami melihat kebanyakan baju sut melayu Aaron Aziz da tinggal sikit . Ada beberapa harga yang di tawarkan . Harga bermula dari RM89 percuma sampin . Kemudian tanpa sampin RM110 , RM149 , RM169 dan juga RM250 percuma sampin .

Yang RM89 percuma sampin kesemuanya tinggal size besar sahaja . Size badan B dah la S . Memang takde la kan . Jadi kami memilih yang RM169 tanpa sampin . Saiz S juga tiada . Terpaksa ambil size M . Baju muat , tapi seluar longgar . Kesian B . Tapi takpa . B akan bawak g alter seluar tu nanti . Hihii :)

Setelah selesai , kami berbuka puasa di Restaurant Pyoor Gelas Besar di Hulu Bernam , bersempadan Tanjung Malim juga . Kami order Air Nescafe dan Air Jus Tembikai gelas sederhana , Nasi Putih , Telur Dadar wajib ada , Udang Masak Petai , Sotong Masak Merah , Kangkung Goreng Belacan dan juga Ikan Siakap Masak Stim . Hahaa . Percaya tak itu untuk makan dua orang . Semuanya dalam RM50+ . Boleh la .

Tak suka servicenya . Sangat LAMBAT . Bayangkan berbuka pukul 7.30pm , makanan sampai dalam nak dekat 8.30pm . Kami datang pilih tempat duduk pukul 6.00pm . Boleh bayangkan tak ? Rasa nak bertukar jadi Hijau je . Tapi sabar la juga . Bulan Ramadhan kan . Kalu tak da angkat kaki cari kedai lain da .

Kami faham diorang banyak order . Tapi at least datang minta maaf cakap kami lambat , harap cik sabar menanti , at least sejuk sikit perasaan kan . Ni asyik dok layan customers yang datang segerombolan je . Hellloooo . Walopon kami datang dua orang , kami customer gak hokeh . At least bagi la buah tamar ngan air kosong dulu ke untuk kami yang tak dapat makanan lagi untuk break our fasting . Hurmmm . Memang tak la nak datang lagi . Wuwuwuuu T_T








posted from Bloggeroid

Thursday, August 1, 2013

Sporting ?

Arini sangat penat . Petang tadi pergi KWSP Teluk Intan . Selesai urusan , pergi kejap ke bazaar Teluk Intan dekat tepi OCBC Bank tu . Hanya mengidam satay . Pilihan terhadap satay tu haruslah Satay Wak Teni . Family saya memang fav sangat ngan Satay Wak Teni tu . Jika bukan di bulan Ramadham , kami akan beli di Restaurant Yusoffia *tatau spelling betul atau tak . Hihii .

Selepas itu , saya Drive Thru McD . Teringin Samurai Burger Chicken . Akibat napsu puasa , beli Double punya . Sudahnya , tak larat makan . Astaghfirullah . Teruk perangai . Hihii :)





Kemudian , balik rumah tonton tv8 . Srbuah gameshow bertajuk DO IT FOR DUIT . Deejay Hitz.fm yang mengacarakan rancangan tu . Sangat best sebab gameshow ni melibatkan orang awam . Tadi lokasinya di dalam Aliran Kelana Jaya , Tunnel Masjid Jamek dan juga di KL Sentral .

Jika kita seorang orang awam yang sporting , maka kita sertailah gameshow tersebut . Hadiahnya lumayan juga . DUIT . Paling sikit RM100 . Paling banyak RM150 . Sapa taknak kan ? Cabarannya taklah susah sangat contohnya minum Soy Sauce , buat bising dalam KTM , High Five orang awam dan juga makan roti berinti wasabi . Hihii :)

Dari pelihatan saya , foreigner , maksudnya pelancong asing sangat sporting . Bila kita suruh buat mereka join sekali . Jika orang Malaysia , agak malu malu . Eloklah malu , tapi kadang kadang gameshow ini tidak mendapat sambutan rakyat tempatan itu sendiri .

Jadi tidak hairan la di negara luar banyak rancangan seperti Just For Laugh dan Prank Show . Mereka sangat sporting . Kalau orang kita kena Prank , kesudahannya tentu boleh jadi bertumbuk bagai .



Suka gameshow ni . Kelakar dan happy menontonnya ♡

posted from Bloggeroid