Wednesday, August 10, 2011

SUPPER VS SAHUR :)


hai yuolls , entry kali ni nareiQa tingin nak bercerita mengenai SUPPER dan juga SAHUR . nama keduanya seakan akan sama . tapi mempunyai maksud yang sangat berlainan :)


kelmarin nareiQa ada mendengar Hot.fm Refleksi pada pukul 7pm-8pm . Prof Izi Hj Ali ada bercerita mengenai tajuk ini . jadi nareiQa rase alert dan mahu sharing is caring with yuolls la perkara ni kan :)


Definisi(nareiQa) :
- SUPPER bermaksud makan pada waktu lewat tengah malam .
(lebih kurang pukul 12am - 3am)
- SAHUR bermaksud makan pada waktu sebelum masuknya waktu imsak .
(lebih kurang pukul 4am - sebelum imsak)


so , bagi korang yang makan waktu memalam buta pukul 12am sampai 2am tu korang ingat korang bersahur ke ? NAN ADO ! dah tentulah bukan weiii . bukannn . itu namanya SUPPER bukannya SAHUR !


dulu pon mase nareiQa belajar kat UiTM Segamat , nareiQa selalu SUPPER bersama kawan2 nareiQa . ingatnye bersahur la konon . huhuu . yela , Dining Hall bukak sampai pukul 2am je . takot makanan tu basi tepaksa la "sahur" seawal jam 12am-2am . tapi tu dulu , skang da keje . da sewa umah . kat umah sewa ada dapur . tepaksa la godek2 dapur tu untuk menyediakan sahur bersama-sama housemate nareiQa pepagi buta T_____T


ini RAHSIA , jangan bitau orang lain taw :
(warning) please don't try this at home :
- nareiQa sebenarnya paling suka bersahur kat umah nareiQa di Teluk Intan ! yela , mane taknye . pukul 5am mak nareiQa kejutkan nareiQa untuk bangun bersahur . bangun je basuh muka dan gosok gigi dan terus ke meja makan . nasi + lauk pauk + minuman panas sudah tersedia terhidang di meja . cuma tinggal nak NGAP je sume tu . huhuu . sangat tak senonoh kan perangai ini . ekekeee :P


Apakah faedahnye berSAHUR ???
1- Amalan bersahur dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari nanti.
2- Bersahur akan mendapat pahala kerana ia adalah ibadat sunat dan menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
3- Amalan bersahur juga yang membezakan puasa Muslim daripada puasa dalam agama lain seperti Yahudi.
4- Amalan bersahur juga akan memberi peluang kepada para muslim untuk bangun beribadah kepada Allah s.w.t pada malam hari khususnya 2/3 malam.



tak kisah la nak makan atau minum apa pun ketika bersahur , yang penting BERSAHUR !
dengan hanya meminum segelas air kosong dan memakan kurma sebelum masuknya waktu imsak juga di kira bersahur :)




haaaaa ! ayyyooobbbb . tak tauuuu . yang korang dok SUPPER awal2 tu sape suruh , nanti tak dapat pahala berSAHUR taw . bukankah MELAMBATKAN SAHUR itu lebih AFDAL . jadi , Renung-Renungkanlah dan Selamat Beramal :)




gamba hasil ehsan encik Google :)



No comments: