Friday, December 13, 2013

Henna untuk Solemnization | Eiqa & Meor | 29.11.2013 ♡

Alkisahnya, saya sudah pun membuat henna sehari sebelum majlis pernikahan Jumaatnya. Iaitu pada Khamis petang.

Saya lakukan di kedai India, sederet Restorant Nikmat Bandar Baru. Saya sudah lupa nama kedainya. Maafkan saya -.-"

Sebelah tangan RM10. Jadi kedua tangan saya berjumlah RM20 sahaja. Henna sahaja.

Malam itu, agak lewat sekitar pukul 12.30am saya diinai menggunakan inai tumbuk. Shida dan Azinar yang pakaikan saya inai. Terima Kasih sangat Ya Allah.

Unfortunately, keesokan paginya inai tak pekat. I wonder why jugak la sebab da pakai semalaman kan. Tu yang pagi Jumaat harus mencari inai tiub untuk back up.

Saya syorkan inai tiub Rani Gold. Beli di kedai menjual barangan India. Macam saya, saya beli di kedai Madura berhampiran Menara Condong Teluk Intan.

Ni gambar henna saya. Saya pilih corak yang simple dan hanya sehingga pergelangan tangan sahaja.


posted from Bloggeroid

Solemnization | Eiqa & Meor | Teluk Intan | 29.11.2013 ♡

Assalam darla.
Sekarang sangat busy untuk update blog. Almaklum la dah jadi wifey orang. Hihii :)

Pada tanggal 29.11.2013, saya Nur Afiqq Binti Rahman, telah sah dengan sekali lafaz untuk menjadi suri hati Meor Bin Zainudin. Alhamdulillah.

Ini gambar gambar dari Encik OP saya iaitu Dann Halim :)

Enjoice ♡












Kisah nikah saya, sangat sukar digambarkan. Tak penah dibuat orang, pada pagi hari pernikahan, pengantin perempuan sendiri turun ke pasar membeli sayur mayur santan buah segala bagai. Segala macam tempat pergi pada hari kejadian, pergi ke pasar, pergi ke pasar ekonomi sekupang, pergi Madura membeli inai, pergi anta baju pengapit ke tailor, pergi ambil kunci homestay, pergi jumpa encik tunang anta kunci homestay, pergi TF beli barang, pergi Kosmos beli barang.

Akhirnya pukul 2.15pm sampai ke rumah. Bayangkan saya akan menikah selepas Asar. PENAT ? MasyaAllah, hanya Allah yang tahu. Alhamdulillah saya mempunyai pengapit yang bagi saya dia pengapit paling hebat untuk saya. Dia menemani saya sepanjang hari. Adawe namanya. Memang dia pilihan terbaik. Dia penat lelah bersama saya.

Sampai dirumah saya terus mandi. Selepas mandi saya bersiap untuk diinaikan pada pukul 2.30pm. Sebab inai tumbuk yang saya pakai malam tadi tidak menjadi. Ia bewarna oren pudar T_T dan saya memerlukan inai yang pekat. Pagi itu saya telah membeli inai tiub di Madura berhadapan kedai electric Seng Heng, jenama Rani Gold tak silap. Inai tu memang bagus. Pekat, walaupun tak kekal lama. Alhamdulillah sekali lagi, selain Adawe, kawan saya iaitu Shida dan Azinar datang memakaikan saya inai. Sambil itu air mata saya mengalir. Saya sangat penat dan menangis. Hanya Tawakkal kepada Allah di hari pernikahan saya kerana saya sudah kehabisan tenaga diwaktu itu. Mereka menenangkan saya. Akhirnya saya lega. Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan rakan rakan ini yang membantuku ketika hari itu.

Pukul 3pm Shida dan Azinar masuk semula ke tempat kerja mereka. Jumaat mereka rehat lama sedikit. Jadi tinggal saya dan Adawe. Adawe juga balik kerumahnya untuk mandi dan bersiap.

Pukul 3.30pm, makcik makcik sudah bising. Pelamin tak sampai lagi. Jumaat nak nikah pelamin tak pasang lagi. Kakak butik bridal saya untuk pasang pelamin dan make up saya untuk nikah tak sampai lagi. Hati dah gundah gulana -_-"

3.45pm lori pelamin dan MUA datang. Terus make up untuk solemnization. Sangat lega walaupun hati berkira kira sempatkah untuk menikah selepas Asar. Sebabnya tok kadi saya jenis yang sangat punctual.

4.15pm selesai make up. Saya dan Adawe terus ke Masjid Seri Setia untuk ke Majlis Pernikahan saya. Ada juga tercetus konflik, biarlah perkara tersebut hanya kami di tempat kejadian yang tahu. Sungguh saya tak mahu ingat lagi--- Sebal!

Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis pernikahan berjalan dengan lancar. Terima Kasih pada keluarga jiran2 yang turut sama menyertai kami untuk majlis pernikahan di masjid tersebut.

"Aku terima nikahnya Nur Afiqq Binti Rahman dengan mas kahwinnya seutas rantai emas tunai" SAH - SAH - SAH. Sekali Lafaz. Alhamdulillah dipermudahkan. Syukur nikmat yang Kau kurniakan pada kami Ya Allah.

Lega sangat. Sangat!
Selepas suami solat sunat nikah, kami terus balik ke rumah meninggalkan masjid. Upacara batal air sembahyang dilakukan dirumah atas permintaan OP Dann Halim, dan kami juga rasakan lebih sesuai dibuat dirumah sahaja. Di atas pelamin. Phewww . Lega pelamin sudah siap dipasang.

Kami suami isteri pun bergambar. Halal dahhh ^^

posted from Bloggeroid

RUMAH TERES SATU TINGKAT UNTUK DI SEWA DI TAMAN BERNAM PERMAI, TANJUNG MALIM, PERAK.

Assalam .
Di sini saya ingin mengiklankan rumah teres satu tingkat untuk disewa .

Lokasi :
TAMAN BERNAM PERMAI, TANJUNG MALIM, PERAK.

5min UPSI
8min Pekan Tanjung Malim
10min Proton City

#Rumah telah dicat baru, dinding putih bersih dan selesa mata memandang.

#Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air (shower).

#Pintu dan tingkap telah digrill untuk menjamin keselamatan penghuni. InsyaAllah.

#Ruang meletak kenderaan bersimen dan berpagar.

#Kawasan kejiranan yang selamat.

Harga Sewa Bulanan : RM400.

Terma & Syarat :
*BAYARAN: Sewa Sebulan RM400 + Deposit Sewa Sebulan RM400 + Deposit TNB & LAP RM100
TOTAL : RM900
*MUSLIM ONLY
*KELUARGA / PELAJAR WANITA / PEKERJA WANITA

Jika berminat, jangan segan silu untuk hubungi :
PUAN EIQA : 017.7012376
ENCIK MEOR : 017.2784714

Sekian, terima kasih :)

(Ini gambar depan rumah)

posted from Bloggeroid