Thursday, July 25, 2013

Burger Hijau Tanjung Malim :)




hi . malam ni actually nak cerita pasal wedding progress . nak cerita pasal DOORGIFT . da esaited dok nangkap gambaq doorgift . tetiba cable usb untuk sambungkan nfon ngan pc da rosak . aigooo . putus semangat nak hapdate blog . 

so , saya pon ubah topic . topic apa ? topic makanan la ye dak . tapi makanan ape ? makanan barat . iaitu Crabby Patty . hewhewheww ^_____^

nama kedainya LOVEATS , Tanjung Malim . dekat dengan UPSI .

burger yang nak saya share ni sangat berlainan dengan burger yang terdapat di daerah Tanjung Malim ini , ianya bewarna hitam . ya , rotinya bewarna hitam , urmmm atau pun bewarna hijau lumut macam tu . nampak sangat horror dan scary untuk ditelan . tetapi percayalah . sangat sedap . hoyehh hoyehh :D

saya da pernah pergi empat kali , tapi pernah makan dua kali . muahahaa . macam mana tu ? owh oke , ceritanya kali pertama pergi dapat makan . kali kedua pergi , burgernya sudah habis kerana pada ketika itu mereka hanya dapat membuat 200 keping patty sahaja , jadi bila masuk pukul 8.30pm , burgernya sudah abes , sedih . kali ketiga pergi pon tak dapat makan lagi kerana masa tu saya pergi awal pukul 4.30pm macam tu , dek kerana terlalu lapar jadi saya tidak mahu menunggu restaurant tu bukak , jadi saya pergi makan satay . yummm . kali ke empat pergi dapat makan sebab pergi pon dalam nak dekat pukul 7.00pm bersama rakan rakan untuk berbuka puasa ketika itu saya puasa ganti . muahahaa :D

dua kali pergi , sekali makan burger daging , sekali makan burger ayam :)

pertama order The Black Pearl (meat) SET . set beerti termasuk air soft drink (gelas besar) beserta fun fries ciptaan LOVEATS itu sendiri . sangat yummy . bagi saya The Black Pearl sangat sedap , bagi penggemar daging iaitu meat lovers , you should try it . awesome sangat . rotinya lembut dan dangingnya sangat besar . sangat puas makan . beserta sos yang sangat sedap . ini The Black Pearl saya . rege dalam RM17+ sahaja .


kali kedua dapat makan di sini , saya memilih ayam pula , tak silap namanya Extraordinary (chicken) , saya ambil SET juga . haruslah set , kalu tak mau makan sambil tercekik sebab tade air . kihkihkihhh . owh , btw ayamnya sangat pejal dan sangat puas makan . cuma saya agak muak sedikit kerana ada telur . fyi , untuk burger ayam ianya terhad , cuma ada dua jenis jika tak silap saya . dan keduanya disertakan dengan telur . rege saya makan adalah RM18+ sahaja .


jadi , bagi saya saya lebih gemarkan daging . sudah pasti apabila saya datang kembali , saya akan order daging yang pastinya . ekekee :)

jadi , jika semua nak merasa burger ni boleh la datang di Tanjung Malim . ini facebooknya ---> LOVEATES .

jom layan sikit gambar gambar yang di ambil oleh facebook mereka ini :)







oke , itu sahaja review saya pada kali ini . tak dapat komisyen pon promote burger ni . cuma suka nak beritahu yuolls tentang kesedapan burger ni . hihii . jadi , jemput la singgah Tanjung Malim , Perak , untuk merasa burger yang lain dari yang lain ini . anda pasti takkan kecewa kerana ianya bukan sembarangan burger . muahahaa ^_____^






Antara Samsung Galaxy Note2 dan Samsung Galaxy S4 . Mana Satu ? :)

assalam rakan bloggers :)

wahhh . tetiba je talk about gadget ni . ada durian runtuh ke ? ekekee :)

actually , saya bru dapat taraf tetap berpencen . jadi da boleh keluarkan duit kwsp . Alhamdulillah syukur nikmat Allah S.W.T . jadi , mari kita berjimba ramba . hoyehh . hoyehh . hikhikk :)

takde la nak berjoli katak sangat . cuma nak REWARD myself je . ye la , da keje penat penat membanting tulang , mengerah keringat , jadi nak la nfon yang canggih sikit ye dak . muahahaaa *gelak jahat* :)

--->ini impian yang dah tercapai :
- nak kerja tetap (gomen)
-nak ada kereta sendiri
-nak ada rumah sendiri
dan lain lain lagi.

Terima Kasih Ya Allah :)

jadi duit kwsp ingat nak beli nfon yang best sikit . duit balance kwsp buleh la beli set pinggan mangkuk vintage ke , beli alatan alatan rumah di IKEA ke . hohoo . sebab beberapa bulan lagi nak masuk rumah sendiri dah . hewhewheww :)

jadi dalam fikiran ada dua je nfon yang termasuk dalam senarai . sama ada Antara Samsung Galaxy Note2 dan Samsung Galaxy S4 . Mana Satu ? wuhhh , susahnya nak decide :)

buat masa sekarang , Galaxy Note2 adalah TABLET terbaik Samsung . manakala Galaxy S4 adalah SMARTPHONE terbaik Samsung . keduanya mempunyai target pembeli yang tersendiri :)


tapi diri ini lebih terarah ke Samsung Galaxy Note2 , sebab nampak besar sikit dari Samsung Galaxy S4 . ngehngehngeh :)

Before we get into the details, here’s a quick look at the main differentiation between the Galaxy S4 and the Note 2:
  • Screen size – the Note 2 has a larger display than the S4
  • Stylus – the Note 2 includes the S Pen Stylus, the S4 does not
  • Camera- the S4 has a better sensor
  • Dimensions – the S4 is smaller, lighter and thinner
  • The Note 2 has a larger battery and better battery life
  • The S4 has a superior screen resolution
  • TV Remote – the S4 has a built-in IR Blaster so that it can act as a remote control
  • The S4 has newer software features (TouchWiz)
  • The S4 has a newer version of MHL for video out
tu la . bab kebesaran screen memang pilih Note2 . tapi bab camera memang pilih S4 . bab ketahanan bateri memang pilih Note2 . bab resolution screen memang pilih S4 . wuhhh . *fengsan*
:
:
:
:
:
bawah ni pulak ada perbandingan antara Galaxy S4 , Galaxy S3 dan Galaxy Note2 .


senang citer beli keduanya buleh dak ? muahahaa *feninggg* tulung ~~~

pastu fikir fikir balik nak tunggu Samsung Galaxy Note3 keluar bulan September 2013 ni . ada lagi sebulan lebih ja dia nak keluar . harga pasti kebabom . dan spesifikasinya pasti lebih gah dari kedua jenis gadget pilihan hati ni . hurmmm *wondering* ~~

kalu da tunggu Note3 , nanti mesti nak tunggu S5 pulak . bahahaa . manusia takkan buleh kejar arus kemodenan gadget . lain la kalu dia *millionaire* or *billionaire* . lalalaa ~~

actually bukannya tunggu Note3 sebab nak beli Note3 , tapi sebenarnya buleh la beli Note2 atau S4 kerana tatkala itu rege kedua gadget tu pasti da jatuh . muahahahaa . bagus tak idea nih ^____^

tapi yang penting , memang tak la beli gadget rega RM2k . cakap dengan B aritu , nak beli nfon mahai . tapi B cakap :
"Dari beli nfon mahai , baik beli EMAS , ade gak faedahnya"
wuhuuu . SENTAP sangat . tertampar rasanya diri ini dengan jawapan beliau . tak kira , tak kira , nak gak nfon bawuuuu *budak degil* T_____T

#tapi tatau nak pilih yang mane satu . wuhuu -____-"




Monday, July 22, 2013

Wedding Theme :)

Homai . homai . homai .
Kali ni saya akan revealed tema wedding saya . saya pon tak tahu macam mana saya boleh pilih color ni . tapi itu yang berkenan dihati , jadi pilihan muktamad telah ditetapkan and i will stick to that color :)

Untuk majlis Solemnization , saya memilih warna :
RED + WHITE
dahulu warna merah agak gah , walaupun begitu , bagi saya , warna Merah tetapi bercirikan Romantik dan penuh dengan rasa Cinta . opss terjiwang pula . jadi untuk melambangkan sucinya sesebuah pernikahan tersebut , Putih harus diterapkan .




Nampak pelik sedikit untuk majlis Reception saya . tema yang bersandarkan warna :
TURQUOISE + PURPLE
bila saya beritahu kepada keluarga dan rakan rapat , mereka agak terkejut . mengapa dua warna tersebut ? bagaimana jika keduanya digabungkan ? mereka tidak dapat bayangkan mengenai combination from this both of colors . jarang ditemui warna ini pada majlis orang lain kan . tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk tetapkan pendirian terhadap warna tersebut . busana saya pada hari tersebut akan menggunakan warna Purple dengan menggunakan design modern . wuhhh *really can't wait* hihii ^___^

mulanya begini , saya adalah seorang peminat tegar PINK , jadi saya beritahu ahli keluarga untuk mereka memakai sedondon warna pink di majlis saya . permintaan saya ditolak mentah mentah . kata mereka abang-abang ipar saya dan anak-anak saudara lelaki saya tidak mahu memakai baju bewarna pink . saya fikir ada betulnya , kebanyakan lelaki akan merasa janggal jika memakai baju bewarna pink . tapi nasib baik my B boleh je pakai baju bewarna pink jika saya menyuruhnya . thank you sayang . berbalik pada kejadian , saya mula menukar fikiran . jadi terhasih la dua warna yang saya idamkan untuk majlis saya nanti . iaitu gabungan Turquoise dan Purple . by hook or by crook , family saya akan memakai warna ini . hewheww:)




manakala untuk busana kedua saya pula , saya memilih warna :
PINK + GREY
tak lepas lepas jugak warna pink tu . wajib hokeh . tak dapat untuk busana pertama , jadi saya masukkan warna tu kepada busana kedua . busana kedua agak bercirikan busana pengantin ke arah ketimuran . jadi ada beza terhadap busana saya yang pertama iaitu bercirikan modern . saya berharap sangat agar kedua dua baju yang di tempah khas untuk saya tersebut akan menjadi busana yang saya idamkan . maknanya kedua dua busana tersebut adalah baru dan mengikut design yang saya mahukan . hewheww ^____^



baiklah , sampai di sini sahaja cerita saya mengenai tema wedding saya . jumpa di lain post ya . thank you for reading :)




Wedding Progress :)


Rasanya wedding progress ade la dalam 60% da siap . Banyak jugak yang da bayar dan banyak jugak yang dah beli . borang pon dah diberikan kepada pihak lelaki . tunggu B isi dalam form pastu saya akan isikan online . tok kadi tak book lagi . tunggu borang pihak lelaki dulu . Alhamdulillah urusan untuk mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan da selesai dengan smoothnya .

Well , nak bagitahu . untuk wedding saya nanti hanya buat majlis untuk satu belah pihak sahaja . dan of course la disebelah pihak perempuan , iaitu di rumah saya . kata parents B , they all suruh jimat , buat satu wedding je . ye la . kami kan bru beli rumah , gunakan duit yang ada untuk masuk ke rumah baru tu nanti . dan tentunya selepas kawin juga memerlukan simpanan duit ye dak . takkan nak perabih tuk kawen je . memang la kahwin tu sekali je . tapi Tepuk dada , Tanya poket . hewhewheww :)

Baju untuk Reception dah tempah untuk dua busana . cuma baju untuk Solemnization masih belum tempah . Mungkin selepas raya baru fikirkannya . biarlah lepaskan Raya dahulu kerana sekarang pon semestinya tukang jahit sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan raya ye dak :)

Kadang-kadang balik Teluk Intan pon selalu berbincang dengan Mak tentang perjalanan majlis saya . mak berharap sangat majlis saya nanti akan dibuat dengan agak meriah . bukan apa , saya sahajalah satu-satunya yang tinggal dalam keluarga yang belum berkahwin . bak kata orang majlis terakhir dalam keluarga la katakan . hewhewheww . malu ai ^_____^

so , InsyaAllah saya akan wat yang terbaik untuk majlis saya . since saya pon hanya mempunyai SATU majlis sahaja :)







Sunday, July 21, 2013

IFTAR at Kenny Rogers Roaster , AEON Rawang :)



sabtu B kerja , so tengahari saya call Kenny Rogers kat AEON Rawang untuk book Iftar , harus ke sana arini sebab da janji nak temankan B pergi beli baju raya . since saya punya kelengkapan raya dah complete , jadi haruslah menemani my Encik Tunang tu shopping untuk raya juge .

tahun lepas kitorang pergi Aeon Rawang untuk beli baju raya dia . sut baju melayu jenama Crocodile rege around RM100+ color blue black.

tahun ni tema raya kami MERAH mak ngah . ekekee :)

so cari punya cari takde yang B berkenan dengan design sut baju melayu yang ditawarkan . actually B memang cerewet sikit bab bab pemilihan baju . tu je la perangai die yang saya agak pening memikirkan . B kalau bab makanan dia langsung tak kisah . makan la apa pon . order la apa pon . dia akan makan . cuma makanan tu haruslah NASI dan makanan ala ala kampung . permasaalahannya ialah saya ni sukakan makanan ala ala Western . kalau nak cari restaurant sangat susahkan puaskan hati kami berdua . tapi kadang kadang kami bertolak ansur dan selang seli . kejap masakan kampung , sekejap masakan Western . give and take . tapi kalau bab pakaian , B memang cerewet . susah nak puaskan hati dia bab bab pakaian ni . motip utama ciri ciri baju pilihannya ialah :

1. baju tu kena ada colar . wajib bercolar . kalau baju t-shirt yang takde colar , dia akan buat baju untuk tido je katanya -.-"

2. baju tu tak nak bercorak atau berjalur banyak banyak . kalau ada corak dan tulisan pon mesti sikit je . takde la baju berbunga bunga bagai . kalau t-shirt tu kosong , lagi dia suka -.-"

3. baju tu kainnya haruslah berlubang lubang . maksudnya bukan kain cotton . contohnya macam baju t-shirt POLO , kan bajunya berlubang lubang . haaahh , camtu la dia suka -.-"

tapi kalau ade perkara yang mewajibkan dia memakai t-shirt selain berciri cirikan di atas , dia kena paseghah jugak makai . ekekekee :)

berbalik pada baju raya B , kami TAK JUMPA pon yang dia berkenan . as usual perangai fussynya berpindah ke baju sut melayu . dia tanak baju melayu yang licin , kainnya kena lembut dan kesat . agak susah nak dicari gitteeww -.-"

lastly , tunangnya ni yang bershopping . aim sepatutnya arini nak cari baju sut melayu B sahaja sebab semalam da shopping sakan kat SOGO ngan Jalan Tar sampai balik lewat malam bersama rakan-rakan . tapi saya hanya insan yang lemah . tak mampu menahan diri dari perkataan SHOPPING . akhirnya telah grab handbag -.-"

handbag POLO ada discount 50% gila tanak amek . actual price RM219 , after sale jadi RM109 . hahahaa . hamekkk :)

kendian saya pon IFTAR dengan bahagianya . pastu kecian dengan B , cakap kat dia "takpa B, nanti owang teman B g shopping sut baju melayu kat Jalan Tar seblom Raya ya" huahuaa :)





*tak tau awat gambaq B tak leh nak rotate -.-"

*owh by the way , kalu nak reserved untuk IFTAR , korang buleh call number ni untuk booked kat Kenny Rogers Roaster , Aeon Rawang :
03-60914626