Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Wedding Theme :)

Homai . homai . homai .
Kali ni saya akan revealed tema wedding saya . saya pon tak tahu macam mana saya boleh pilih color ni . tapi itu yang berkenan dihati , jadi pilihan muktamad telah ditetapkan and i will stick to that color :)

Untuk majlis Solemnization , saya memilih warna :
RED + WHITE
dahulu warna merah agak gah , walaupun begitu , bagi saya , warna Merah tetapi bercirikan Romantik dan penuh dengan rasa Cinta . opss terjiwang pula . jadi untuk melambangkan sucinya sesebuah pernikahan tersebut , Putih harus diterapkan .




Nampak pelik sedikit untuk majlis Reception saya . tema yang bersandarkan warna :
TURQUOISE + PURPLE
bila saya beritahu kepada keluarga dan rakan rapat , mereka agak terkejut . mengapa dua warna tersebut ? bagaimana jika keduanya digabungkan ? mereka tidak dapat bayangkan mengenai combination from this both of colors . jarang ditemui warna ini pada majlis orang lain kan . tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk tetapkan pendirian terhadap warna tersebut . busana saya pada hari tersebut akan menggunakan warna Purple dengan menggunakan design modern . wuhhh *really can't wait* hihii ^___^

mulanya begini , saya adalah seorang peminat tegar PINK , jadi saya beritahu ahli keluarga untuk mereka memakai sedondon warna pink di majlis saya . permintaan saya ditolak mentah mentah . kata mereka abang-abang ipar saya dan anak-anak saudara lelaki saya tidak mahu memakai baju bewarna pink . saya fikir ada betulnya , kebanyakan lelaki akan merasa janggal jika memakai baju bewarna pink . tapi nasib baik my B boleh je pakai baju bewarna pink jika saya menyuruhnya . thank you sayang . berbalik pada kejadian , saya mula menukar fikiran . jadi terhasih la dua warna yang saya idamkan untuk majlis saya nanti . iaitu gabungan Turquoise dan Purple . by hook or by crook , family saya akan memakai warna ini . hewheww:)




manakala untuk busana kedua saya pula , saya memilih warna :
PINK + GREY
tak lepas lepas jugak warna pink tu . wajib hokeh . tak dapat untuk busana pertama , jadi saya masukkan warna tu kepada busana kedua . busana kedua agak bercirikan busana pengantin ke arah ketimuran . jadi ada beza terhadap busana saya yang pertama iaitu bercirikan modern . saya berharap sangat agar kedua dua baju yang di tempah khas untuk saya tersebut akan menjadi busana yang saya idamkan . maknanya kedua dua busana tersebut adalah baru dan mengikut design yang saya mahukan . hewheww ^____^



baiklah , sampai di sini sahaja cerita saya mengenai tema wedding saya . jumpa di lain post ya . thank you for reading :)




Wedding Progress :)


Rasanya wedding progress ade la dalam 60% da siap . Banyak jugak yang da bayar dan banyak jugak yang dah beli . borang pon dah diberikan kepada pihak lelaki . tunggu B isi dalam form pastu saya akan isikan online . tok kadi tak book lagi . tunggu borang pihak lelaki dulu . Alhamdulillah urusan untuk mendapatkan Sijil Kursus Pra Perkahwinan da selesai dengan smoothnya .

Well , nak bagitahu . untuk wedding saya nanti hanya buat majlis untuk satu belah pihak sahaja . dan of course la disebelah pihak perempuan , iaitu di rumah saya . kata parents B , they all suruh jimat , buat satu wedding je . ye la . kami kan bru beli rumah , gunakan duit yang ada untuk masuk ke rumah baru tu nanti . dan tentunya selepas kawin juga memerlukan simpanan duit ye dak . takkan nak perabih tuk kawen je . memang la kahwin tu sekali je . tapi Tepuk dada , Tanya poket . hewhewheww :)

Baju untuk Reception dah tempah untuk dua busana . cuma baju untuk Solemnization masih belum tempah . Mungkin selepas raya baru fikirkannya . biarlah lepaskan Raya dahulu kerana sekarang pon semestinya tukang jahit sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan tempahan raya ye dak :)

Kadang-kadang balik Teluk Intan pon selalu berbincang dengan Mak tentang perjalanan majlis saya . mak berharap sangat majlis saya nanti akan dibuat dengan agak meriah . bukan apa , saya sahajalah satu-satunya yang tinggal dalam keluarga yang belum berkahwin . bak kata orang majlis terakhir dalam keluarga la katakan . hewhewheww . malu ai ^_____^

so , InsyaAllah saya akan wat yang terbaik untuk majlis saya . since saya pon hanya mempunyai SATU majlis sahaja :)







Saturday, July 6, 2013

Tukar HEADER Untuk Blog Secukup Rasa Garam :)

Assalam .
Selamat malam bloggers sekalian alam . sekarang bersemangat kembali nak update Blog . kesian kan blog ni da bersawang . jadi , dengan semangat yang datang , dan sudah bertukar konsep , maka jadi la header begitu .

Btw , lagi suka header yang sekarang ni . sesuai dengan konsep diri ini . tak terlalu pink . lebih matang dan lebih ke arah penceritaan perjalanan untuk ke alam bertukar status daripada CIK ke -----> PUAN . hikhikk .*maluuu* . doakan segalanya berjalan dengan lancar ya . Ameen .



So , bawah ni header lama . it's too childish . not suit for me anymore . muahahaa :D

So , bawah ni header baru . sesuai . sebab ade Encik Tunang sekali . dan sangat molek di jadikan header bersandarkan konsep blog ni sekarang iaitu :
B2B
(Bride To Be)

So , from now on , mostly i will update my blog usually on my Wedding Progress . banyak benda nak cerita . hihii . *maluuu* . tapi nak tulis gak . oke . later on ya . ni nak tido dulu . Gudnite . Sweet Dream - now dah 12:46am :) 





Wednesday, January 9, 2013

Sijil Kursus Kahwin :P

today's i nak cakap pasal Sijil Kursus Kahwin . malam ni busy sangat . nak kena senaraikan nama-nama for my Button Badges wedding . vendor da mintak senarai nama . i baru terkial-kial list down nama-nama family i for my wedding nanti .

pastu i pon tengok senarai checklist i . i n B da pernah pergi kursus kahwin . mase tu 2009 . hahaa . lame kan . 2013 baru nak kahwin . urm . mase tu , i simpankan sijil B sekali .  akibat lama sangat simpan , sampai i terlupa mane i dah letak sijil kahwin kitorang tu.

makanya i dimarah oleh B . sebab sekali pergi RM80 . dua orang pergi dah RM160 . tak ke rugi duit namanye tu .

oke . oke . fine . fine . memang i yang salah sebab i am to wayyy careless . dah lama i pujuk B untuk ambil lagi sekali kursus kahwin tu . tapi die tanak sebab die cakap bukan salah die yang ilangkan sijil tu.

urrggghh . borang penting tu . so malam ni i terus called him :

me : B , bulan depan kita pergi kursus kahwin tau .
B : urmm , tengok la dulu .
me : kena pergi jugak . kalu tak , tak boleh kahwin la cenggitu .
B : urmm . oke la .

hahaaa . yess . berjaya pujuk B pergi kursus kahwin lagi sekali . sorry B . my mistake . i bukan ape . i risau sebab borang kursus kahwin tu penting . i kalu buleh nak settle benda-benda yang boleh buat awal-awal ni dulu . kalu tak nanti lagi pening la kepala :(

Tiga Perkara Mahu Dikongsi di Blog Saya :)

helloooo New York . actually memang selalu ucap camni . haiisshhhh -.-" . yela , since Movie Hannah Montana kuar dulu tu , i da selalu terikut dok cakap Hellloo New York . padahal ni kat Malaysia hokeh . whatever .

oke , berbalik pada tajuk . THREESOME . i gigih dok update blog ni bukan ape . i esaited oke . esaited . sampai termimpi-mimpi nak dok update blog je . kalu buleh nak je update blog pagi petang siang malam . la ni facebook i da ignore da skang ni . huu . oke , sila lempang i supaya i sedar diri dan berkelakuan sopan .

actually i ada TIGA perkara besar yang i nak kongsikan kepada yuolls . tetapi ade la beberapa perkara-perkara kecil yang berlaku dengan kehidupan seharian i .

FIRST of all , i nak update about my journey to be a bride of 2013 . since korang pon da tau yang i nak buat wedding on Nov , mesti korang ingat i still dok di kerusi malas and goyang-goyang kaki . heeelllooo . buat mase ni i risau jugak . last year mase i nak E-Day , semuanya i settlekan awal . tahun ni progress macam lambat sikit . a bit worried but keep chill hokeh .

Buat mase ni :
- i dah beli kotak-kotak untuk doorgift , bekas-bekas coklat untuk doorgift :)
(tapi i nak tambah doorgift lagi . nanti bila i da start dengan doorgift . i update ya)
- i dah bayar deposit sebanyak RM380 for my OP . i amek my photog mase i E-Day aritu . fb : Dann Halim . nanti i review bout him . he's good . i am impress with his job :)
- i dah beli something untuk Guestbook Corner i :)
- oke tu je wat mase ni . sedihhhh kaannnsss :(

SECONDLY , i nak review balik majlis Engagement Day i . banyak lagi i tak story . bout my baju E-Day . bout my DIY mini pelamin . bout my OP . bout my catering . bout my kambing golek aqiqah for my youngest nephew on my E-Day . bout my doorgift . and mostly important bout my hantaran . hantaran DIY hokeh . so stay tune :)

THIRDLY , bout my rumah sewa . i da banyak beli barang-barang rumah . tapi tak cukuuupppp . hihii . cuma tunggu masa yang sesuai for me and my colleague Ani n Kak Eda n beberapa orang kawan lagi nak g serang IKEA Kota Damansara dan juga Romantika Home Decor . beli barang rumah disitu . can't wait . pasal ni pon nanti i ade mase i update .

oke , tu je ketiga-tiga perkara yang mostly important buat mase sekarang ni . semoga i ade kekuatan untuk review n update my story morry . see yahh . xoxo darls sekalian :)


Tuesday, January 8, 2013

Tips Memilih Cincin :)

assalam bride to be dan orang awam sekelian . arini i nak story bout Lord of the Ring . eheehh tak . tak . tak . actually nak story pasal RING @ CINCIN . memang dah banyak blogger lain bercerita mengenai Tips Membeli Cincin . tapi yang i nak story ni berdasarkan pengalaman yang telah diri i alami sendiri . diri i kan pengantin budget , jadi i nak share la cara nak beli cincin emas risik / bertunang / nikah dengan cara yang bijak dan menjimatkan :)

makanya i akan bermula dengan cincin risik i . cincin risik i , i beli kat P*h K*ng , SOGO KL . dah lame gak beli before set date untuk E-Day aritu . rege dalam RM500+ . cincin belah rotan je , emas 916 .

while cincin tunang i lebih kurang macam cincin belah rotan , tapi berukiran di atasnya . yess . yess . yess . memang cincin bertunang seharusnya ada Shine Bright Like a Diamond . tapi i tammo . sebab selalunya cincin yang ada batu ni bukannya emas 916 . rege cincin tunang i tu plak dalam RM800+ je . tapi agak berat la jugak . untuk diri i , i lebih sukakan emas 916 , thats why i tammo cincin berlian . cincin tunang ni i beli kat kedai emas biase je , kat 1st floor Rapid Mall , Giant Teluk Intan .

1. PRICE - ape yang bezanya , cincin risik i beli kat P*h K*ng SOGO KL , cincin tunang i beli kat Kedai Emas GIANT TELUK INTAN . yang paling beza ialah faktor HARGA . yesss . upah tukang emas kat kedai emas yang ada nama memang mahal . sedangkan kalu yuolls beli emas kat kedai emas biasa , dah tentu-tentu yuolls akan dapat lebih berbaloi daripada kedai emas berjenama tu . kiranya , dengan harga RM500 , yuolls boleh dapat cincin emas yang lebih berat berbanding dari kedai yang berjenama tu . haaa . haaa . nampak tak permainan dia ?

2. URBAN n SUBURBAN - KUALA LUMPUR dan TELUK INTAN . bagaikan langit dengan bumi . ececeehhh . berdrama pulak . dah nama pun KL . of course la kat sana semuanya harga mahal . sedangkan kat sana air fresh orange pon harga RM5.00 , kat Teluk Intan paling mahal pon baru RM2.80 . haaa . inikan pulak emas . dah tentu la kemahalannya jelas ternyata . jadi , faktor KAWASAN juga memainkan peranan yang penting ya tuan-tuan dan puan-puan . tambah yuolls beli kat shopping mall terkenal cam Sogo / Mid Valley / KLCC ke , lagi la laju duit yang yuolls kena keluarkan . belilah emas di kawasan-kawasan yang luar bandar ya .

3. REWARDS / POINTS - mase i beli cincin risik kat P*h K*ng , i tak de pulak diberitahu mengenai pengumpulan mata ganjaran . die takde pon suruh i kutip-kutip points . tak tau la kalu P*h K*ng memang tak buat activity Pengumpulan Mata-Mata Ganjaran tu . tapi , kat kedai emas yang i beli cincin tunang tu ade . i siap dapat Rice Cooker / Periuk Nasi Electrik taawww . cayalah . at least i boleh guna periuk tu untuk masak nasi . barangan elektrik yang penting dalam kehidupan seharian kita sebagai insan yang busy bekerja dan mahukan nasi masak dengan cepat ketika perut sedang lapar . huu . actually depends jugak berapa points yang korang dah kutip , lagi banyak points dikumpul , lagi la banyak barang yang mahal yuolls boleh dapat .

4. DISCOUNT - kat P*h K*ng , kalu dapat discount pon , takde la banyak seperti kat kedai emas biasa . sebab mase i beli cincin tunang , banyak jugak discount yang i dapat . tambah-tambah i beli gelang untuk upacara batal air sembahyang sekali time tu terus *rege gelang skang ni paling minimum RM2k . seb bek time tu tunang i bawak duit lebih . dapat la sambar cincin tunang n gelang nikah sekali . hewhew . haaa . time tu lagi la i dapat discount banyak dan melakukan penjimatan yang tiada tolok bandingnya . hihii :)

5. last but not least , belilah emas awal-awal , sekarang kan rege emas makin lama makin meningkat . jadi , berbelanjalah wang anda ke arah penjimatan .

#i bagi tau info ni untuk bride to be yang nak budget cam i . jika ada bride yang sukakan brand untuk emas diorang , tak apa . kemahuan masing-masing . tiada salahnya . masing-masing ada budget mereka sendiri untuk emas yang mereka idamkan dihari bahagia mereka . tapi paling penting ikut juga budget bakal suami anda . dia yang perlu keluarkan duit , jadi jangan nak merayu hentak-hentak kaki di dalam kedai emas sambil menuding jari kearah design emas yang korang jatuh cinta buat pandangan pertama dan buat muka comel ke arah bakal suami korang sambil mengatakan "Abbaaaannngggg , pellliiisss . naaakkk yang itteewww . naakkk yang bling-bling tuuuuu" . huu . berbincanglah dahulu dengan beliau seeloknya ya . semuanya akan jadi mudah jika kita berbincang besama-sama dahulu sebelum membuat keputusan . huu :)

*hihii . btw , thanks kat my B sebab dah mengabiskan duit untuk membeli cincin tunang n risik i mengikut kehendak i . tapi masih on your budget . hihii . lebiu more :)



Sunday, January 6, 2013

Tarikh Cantik Untuk Wedding :)

assalam yuolls . arini i nak cerita pasal tarikh yang cantik . tarikh yang cantik akan berlaku sekali je seumur hidup kita . macam i bertunang aritu . gediks kot nak pilih tarikh yang cantik . 10 nov 2012 . 10.11.12 . hahaa :)

so untuk wedding 2013 ni , ramai yang bertanya adakah i akan wat solemnization pada 11.12.13 ataupun pada 13.12.13 . hahaa . tak . tak . kali ni da tak pilih tarikh yang gorjes camtu -.-

actually my planning nak wat solemnization on the friday evening of 04th Oct 2013 . ON MY BIRTHDAY . but why i cancelled it ? it is simply because i am working with murid-murid . so , i susah nak ambil cuti if time tu TIADA CUTI SEKOLAH . so i have to postpone my majlis on November . apabila ada cuti sekolah , i senang la jugak nak apply cuti .

i da plan nak apply cuti sebanyak DUA MINGGU . yesss . dua minggu . seminggu untuk preparation my wedding , another seminggu nak rehat n maybe nak terus go for my BulanMaduMoon . hihii :)

i da korbankan tarikh impian i untuk wat wedding on my birthday , tapi its oke . i rela you . tak kisah dah . i terima dengan hati terbuka demi tanggungjawab i terhadap kerjaya . btw , i da pilih tarikh on November . hopefully everything will run smoothly as me and B and our family planning . InsyaAllah . Doakan kami :)


DIY - GuestBook Corner Wedding Yang Sangat Simple , Cantik dan Budget :)

hi . arini banyak mase . so nak wat review . 09.12.12 aritu kembar i punya wedding . since he knows nothing about his majlis , so i gigih watkan die punye Guestbook Corner . nowadays kan semua wedding mesti nak include Guesbook Corner right . kalu takde means cam tak lengkap plak majlis tu . hahaa . mandai je . tapi rasenye tu la trend sekarang . bukan susah pon . just cari buku yang kosong , then letak pen colorful . untuk tetamu jemputan make a wish for the newlyweds . yela , ade la kenangan time kita tawen tu kan :)

untuk Ban's wedding , malam before his wedding day , i n my dua orang niece n Shida n Nijam pergilah Giant Teluk Intan . pegi kat bahagian Stationary . finally jumpa gak . ade satu buku tu . depannya kulit tebal . ade gambar kucing comel , ade love timbul . satu set kat dalam tu dapat color pencil . dalamnya helaian kertas-kertas kosong . memang sesuai untuk Guestbook . harga pon murah . tak ingat . tapi around RM20 la jugak . then beli color magic . tak sampai RM10 pon . pastu beli whiteboard . dalam harga around RM15 camtu . dah ade tiga-tiga tu yuolls da boleh buat Guestbook Corner.

sowi korang . i lupe nak tangkap gambar Guestbook Corner tu secara detailed . i kan busy on that day . wuhuu .

pagi tu lega la ada meja lebih . meja tu dah siap ada kain lapik meja warna kuning . korang just letak buku Guestbook tu . pastu letak pen magic colorful dalam gelas kaca yang tinggi . hias sikit dengan teddy bear kecil . pastu letak frame yang ade tulisan "PLEASE SIGN GUESTBOOK HERE" . pastu i letak sekotak Choki Choki . lepas tetamu sign kat Guesbook tu , boleh la diorang dapat Choki Choki tu sebagai habuan . huhuu . depend la kat korang nak kasik apa kat tetamu sebagai habuan . pastu letak la whiteboard , tulis la nama pengantin kat situ.

tak perlu grand pon Guesbook Corner tu . buat simple macam ni pon da cantik . benda senang , kita yang buat dia . bukan dia yang wat kita . hihii .

yang i tunjuk ni memang sesuai untuk b2b yang nak budget . at least duit yang ade tu boleh la buat tambah-tambah untuk kegunaan apa yang perlu pada majlis tu nanti . tak perlu membazir . hihii .

#sorry gambar dapat sikit je kat table Guestbook corner tu . table tu i letak seblah deejay . senang deejay tu tolong promote suruh guest yang datang sign Guestbook tu . huu . gambar i n Shida yang terlebih pulak . hohoo . Shida la yang tolong design n printkan tulisan kat dalam frame tu . frame tu i beli kat IKEA . i kasik frame tu kat die , then malam tu die gigih watkan . theme green + cream . huu . thanks Shida :)

untuk wedding i as a b2b 2013 ni ? i da rancang sesuatu untuk Guestbook Corner i . if nak tau , kena tuuunnngggguuuu . hihii . yang pasti DIY ye . nak budget la katakan :)



Saturday, January 5, 2013

Membeli Carpet Bulu Murah dan Frame Khalimah Allah dan Muhammad beserta Frame Ayat Qursi di Sungai Besar , Selangor :)

#sila baca tajuk di atas seperti Doraemon membaca tajuk di dalam ceritanya . hohoo :)

owh . pheeewww . panjang betul Title untuk post kali ni . actually nak cerita pasal barang-barang di dalam rumah yang baru di beli untuk rumah sewa i ni taw . Kekda yang tak sabar nak tengok perabot dalam rumah ni . die suruh update dalam blog sebab i tak kasik die datang umah i lagi . sebab konon nak surprise . hohoo . macam la istana ye dak . padahal hanya rumah kecil untuk penghuninya yang besar comel . ohohooo :)

ade beberapa part dalam rumah ni yang tak siap lagi . contoh utama ialah LANGSIR . ade langsir . tapi langsir yang i pinjam kat umah mak i . ingat nak g survey langsir weekend ni kat Riamoda Jakel Tanjung Malim . alih-alih banner promosi potongan 80% die yang besar gabak tu da takde depan bangunan die . aigooo . i rase promosi die da abeh la . sedih tawww . len kali la riki . tapi langsir i yang kat dalam bilik tu i da cabut nak basuh . dah tingkapnye tebogel . huu . sabarlah ya wahai encik tingkap :)

kemudian part dapur . kabinet dapur yang baru beli aritu belum dimasukkan ke dalam dapur , tikar getah kat dapur pun tak pasang lagi . sape nak buat kerja-kerja yang menggunakan kerahan tenaga tu ? me ? owh tammo , tak larat . so terpaksa tunggu B kalu die ade balik umah family die time weekend . tapi tak tau weekend bila sebab my B tengah busy kerja .

kemudian part bilik kedua . bilik tu penuh barang i . tak tau bila dapat kemas . balik keja i pulak penat . huu . kena cari hari cuti untuk mengemas itu bilik :)

oke , panjangnye melalut kat atas . cerita tentang tajuk tak timbul lagi . hohoo :)

01.01.2013 aritu i n B g Sungai Besar . nak beli carpet bulu n khalimah Allah dan Muhammad beserta ayat Qursi untuk tampal di dinding rumah . so , kitorang jalan-jalan . ade la beli barang sikit-sikit dekat kedai-kedai Sungai Besar tu .

then kitorang sampai kat Kedai Pakistan . da lupe nama kedai tu . nanti i tau i update balik ya . cari carpet bulu . memang wishlist i untuk letak carpet bulu kat hall n kat dalam bilik .

untuk hall carpet bulu tu i choose color red + black + grey . actually harga dia RM220 , tapi my B mintak tawar harga so jadi la RM160 . really worth it . sebab carpet bulu tu kan mahal . so untuk dalam bilik kecil sikit carpet bulunya color red + cream . harga dia RM120 , my B tawar lagi so dapat la harga RM90 . sangat murah dan berpatutan . just imagine for both carpet its only cost you around RM250 . kalu kat tempat lain RM250 tu just boleh dapat satu carpet je taw :')

so kitorang tambah frame khalimah Allah dan Muhammad beserta ayat Qursi . semua tu costly around RM170 . i sukakan designnya sebab ayat-ayat tu sulaman . sangat cantik dan halus buatannya :)

tapi frame tu tak gantung di dinding lagi sebab tak grill paku lagi . nanti da grill baru i gantung :)

#carpet bulu red + black + grey tu i letak kat hall . i yang pilih carpet tu :)
#carpet bulu red + cream tu i letak kat dalam bilik . B yang pilih carpet tu :)
-i rase carpet kat bilik tu nampak awesome bila letak kat tepi katil i yang putih suci murni tu . aww . boleh pulak puji bilik tidur sendiri . but who cares.  hihii :)



Wednesday, January 2, 2013

Bride to be 2013 :')

Assalam . maaf la . lama dah tak update . siyes . memang lama :'(

Actually , one of my azam for 2013 ni , nak la update blog . da lama blog ni bersawang kan . rase cam hidup segan mati tammo la plak blog ni . hihii . ciannye :')

Today , i nak update pasal tahun 2013 . ape yang awesome sangat bout this year . yesss . i am bride to be . InsyaAllah . cadangnye on Nov or Dec . the date has been decided actually , but now i feels like wanna make a change the date or maybe just stick with the date that i've been decided before . hurm . not sure yet . bile i tanye B , he just let me do the decision . yess . tarikh engagement i yang 10.11.12 tu pon i yang choose . gedik kan pilih tarikh yang cenggitu . oke fine :')

Talk about him ---> my B , he just a simple person . every kind of decision that he think i can handle it by myself , he will let me do the decision . ussually yang berkenaan menggunakan kerahan daya fikiran,  selalunya i la yang buat . contoh macam pilih tarikh Eday , tarikh Solemnization and Reception , wedding theme , doorgift and ect . but if something yang menggunakan kerahan tenaga , definately him . nak suruh i , memang i malas . hihii . tu yang mengada terlebih tu :')

Sebagai salah seorang B2B (bride to be) , i nak guna blog ni as my medium to share my happiness and my experience thru my life as a person who will make a journey to my big day soon . kalu buleh i nak tebus kembali sebab mase Eday dulu i tak buat ape-ape post pon about that memorable day . siyes i feel bad . nanti if i ade mase i review ya :')

Plan i for this January , i just nak tengok sikit-sikit my doorgift . FYI , i kalu buleh every single things i nak DIY . end of 2012 aritu i da riki b2b b2b punya DIY . InsyaAllah mane yang i berkenan i akan implement for my big day . hihii . but will give credit to the owner blog . don't worry . wish me luck yah :')

Oke , membebel sudah . btw , today is second of Jan . ada 12 murid-murid prasekolah berumur 5 tahun baru masuk . from the time being , their behavior is under control . hopefully takde la yang meragam lebih-lebih . huu :)

#entry tade gamba . sebab update using tab . len kali i letak gamba for the next entry . see yah . xoxo :')