Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Resepi Kerepek Popia Nestum versi NareiQa :)

Hi . Assalam :)

Petang ni sangat nyaman . 25 Ramadhan sudah . Saya ada post gambaq Popia Nestum saya di fb . Ramai yang bertanya resepi . Almaklumlah , rasanya juadah ni sesuai untuk semua golongan umoq . Sebab dia macam keropok kerepek gitewww . Selain menjadi juadah di Hari Raya , ianya juga boleh dijadikan sebagai kudap kudapan untuk makan di depan tv . Sedap dan mudah . Jadi saya akan berikan resepinya di sini . Semua gambaq ini diambil oleh saya sendiri ya kerana saya la tukang masaknya . Hewheww :)



Oke ini bahan bahannya :
KISAR:
3 sudu gula
8 sudu Nestum
2 sudu coffee mate
*Saya gunakan coffee mate , jika mahu guna susu tepung juga boleh .
LAIN:
Sepeket kulit popia
*saya guna kulit popia yang size kecil , sebab kalu yang besar tak reti sangat nak kopek kulitnya . Hewheww :)



Mula mula KISAR ketiga tiga bahan bahan tersebut . Letak tepi .

Kemudian bukak kulit popia satu persatu . Saya bukak kulit popia sambil menonton tv :)



Kemudian gulungkan kulit popia menggunakan chopstick . Cantumkan kulit popia menggunakan air masak . Selepas bercantum , keluarkan chopstick dari gulungan kulit popia tersebut :)





Lepas tu guntingkan kulit popia semua tu tadi serong serong . Haaa . Baru la cantik sikit rupanya :)



Kendian goreng sampai masak kulit popia tu semua :)

Lepas angkat , tos sikit minyak , pastu terus masukkan dalam bahan bahan kisar tu . Gaulkan sebati . Ecewah . Macam Masterchef pulok :)



Pastu siap . Taraaa .....!





Jika ada pertanyaan sila kemukakan diruangan comment ya . Selamat Mencuba :)

posted from Bloggeroid

Baju Raya Aaron Aziz by Jakel :)

Semalam g Tanjung Malim . Teman Kekda g beli baju melayu . Baju untuk Aidil . Kekda nak cari color turquoise . Da jumpe . Kami ke Jakel Tanjung Malim . Ambil baju Aaron Aziz . Seronok la Aidil beraya tahun ni bergaya cam Aaron Aziz . Hihii :)

Kelmarin , pon ke Jakel Tanjung Malim . Mencari sut baju melayu dewasa . Aaron Aziz juga . Nampak tak phenomenanya ? Hihii . Baca dalam suratkhabar , 400 000 lebih terjual daripada 500 000 pasang sut baju melayu Aaron Aziz dikeluarkan oleh Jakel . Sangat laku ! Hebat Jakel tahun ni . Huu :)

Jadi saya dan B pon ke Jakel . Lagi pon entry lepas ada menceritakan yang persiapan raya saya da siap , manakala encik tunang belom beli baju melayu lagi . Pergi ke Aeon Rawang juga tak jumpe baju melayu yang berkenan . Jadi kami ke Jakel Tanjung Malim sahaja .



Mencari warna MERAH Mak Ngah . Hihii :)

Sesampainya di Jakel , kami melihat kebanyakan baju sut melayu Aaron Aziz da tinggal sikit . Ada beberapa harga yang di tawarkan . Harga bermula dari RM89 percuma sampin . Kemudian tanpa sampin RM110 , RM149 , RM169 dan juga RM250 percuma sampin .

Yang RM89 percuma sampin kesemuanya tinggal size besar sahaja . Size badan B dah la S . Memang takde la kan . Jadi kami memilih yang RM169 tanpa sampin . Saiz S juga tiada . Terpaksa ambil size M . Baju muat , tapi seluar longgar . Kesian B . Tapi takpa . B akan bawak g alter seluar tu nanti . Hihii :)

Setelah selesai , kami berbuka puasa di Restaurant Pyoor Gelas Besar di Hulu Bernam , bersempadan Tanjung Malim juga . Kami order Air Nescafe dan Air Jus Tembikai gelas sederhana , Nasi Putih , Telur Dadar wajib ada , Udang Masak Petai , Sotong Masak Merah , Kangkung Goreng Belacan dan juga Ikan Siakap Masak Stim . Hahaa . Percaya tak itu untuk makan dua orang . Semuanya dalam RM50+ . Boleh la .

Tak suka servicenya . Sangat LAMBAT . Bayangkan berbuka pukul 7.30pm , makanan sampai dalam nak dekat 8.30pm . Kami datang pilih tempat duduk pukul 6.00pm . Boleh bayangkan tak ? Rasa nak bertukar jadi Hijau je . Tapi sabar la juga . Bulan Ramadhan kan . Kalu tak da angkat kaki cari kedai lain da .

Kami faham diorang banyak order . Tapi at least datang minta maaf cakap kami lambat , harap cik sabar menanti , at least sejuk sikit perasaan kan . Ni asyik dok layan customers yang datang segerombolan je . Hellloooo . Walopon kami datang dua orang , kami customer gak hokeh . At least bagi la buah tamar ngan air kosong dulu ke untuk kami yang tak dapat makanan lagi untuk break our fasting . Hurmmm . Memang tak la nak datang lagi . Wuwuwuuu T_T








posted from Bloggeroid

Thursday, July 25, 2013

Burger Hijau Tanjung Malim :)




hi . malam ni actually nak cerita pasal wedding progress . nak cerita pasal DOORGIFT . da esaited dok nangkap gambaq doorgift . tetiba cable usb untuk sambungkan nfon ngan pc da rosak . aigooo . putus semangat nak hapdate blog . 

so , saya pon ubah topic . topic apa ? topic makanan la ye dak . tapi makanan ape ? makanan barat . iaitu Crabby Patty . hewhewheww ^_____^

nama kedainya LOVEATS , Tanjung Malim . dekat dengan UPSI .

burger yang nak saya share ni sangat berlainan dengan burger yang terdapat di daerah Tanjung Malim ini , ianya bewarna hitam . ya , rotinya bewarna hitam , urmmm atau pun bewarna hijau lumut macam tu . nampak sangat horror dan scary untuk ditelan . tetapi percayalah . sangat sedap . hoyehh hoyehh :D

saya da pernah pergi empat kali , tapi pernah makan dua kali . muahahaa . macam mana tu ? owh oke , ceritanya kali pertama pergi dapat makan . kali kedua pergi , burgernya sudah habis kerana pada ketika itu mereka hanya dapat membuat 200 keping patty sahaja , jadi bila masuk pukul 8.30pm , burgernya sudah abes , sedih . kali ketiga pergi pon tak dapat makan lagi kerana masa tu saya pergi awal pukul 4.30pm macam tu , dek kerana terlalu lapar jadi saya tidak mahu menunggu restaurant tu bukak , jadi saya pergi makan satay . yummm . kali ke empat pergi dapat makan sebab pergi pon dalam nak dekat pukul 7.00pm bersama rakan rakan untuk berbuka puasa ketika itu saya puasa ganti . muahahaa :D

dua kali pergi , sekali makan burger daging , sekali makan burger ayam :)

pertama order The Black Pearl (meat) SET . set beerti termasuk air soft drink (gelas besar) beserta fun fries ciptaan LOVEATS itu sendiri . sangat yummy . bagi saya The Black Pearl sangat sedap , bagi penggemar daging iaitu meat lovers , you should try it . awesome sangat . rotinya lembut dan dangingnya sangat besar . sangat puas makan . beserta sos yang sangat sedap . ini The Black Pearl saya . rege dalam RM17+ sahaja .


kali kedua dapat makan di sini , saya memilih ayam pula , tak silap namanya Extraordinary (chicken) , saya ambil SET juga . haruslah set , kalu tak mau makan sambil tercekik sebab tade air . kihkihkihhh . owh , btw ayamnya sangat pejal dan sangat puas makan . cuma saya agak muak sedikit kerana ada telur . fyi , untuk burger ayam ianya terhad , cuma ada dua jenis jika tak silap saya . dan keduanya disertakan dengan telur . rege saya makan adalah RM18+ sahaja .


jadi , bagi saya saya lebih gemarkan daging . sudah pasti apabila saya datang kembali , saya akan order daging yang pastinya . ekekee :)

jadi , jika semua nak merasa burger ni boleh la datang di Tanjung Malim . ini facebooknya ---> LOVEATES .

jom layan sikit gambar gambar yang di ambil oleh facebook mereka ini :)







oke , itu sahaja review saya pada kali ini . tak dapat komisyen pon promote burger ni . cuma suka nak beritahu yuolls tentang kesedapan burger ni . hihii . jadi , jemput la singgah Tanjung Malim , Perak , untuk merasa burger yang lain dari yang lain ini . anda pasti takkan kecewa kerana ianya bukan sembarangan burger . muahahaa ^_____^






Sunday, July 21, 2013

IFTAR at Kenny Rogers Roaster , AEON Rawang :)



sabtu B kerja , so tengahari saya call Kenny Rogers kat AEON Rawang untuk book Iftar , harus ke sana arini sebab da janji nak temankan B pergi beli baju raya . since saya punya kelengkapan raya dah complete , jadi haruslah menemani my Encik Tunang tu shopping untuk raya juge .

tahun lepas kitorang pergi Aeon Rawang untuk beli baju raya dia . sut baju melayu jenama Crocodile rege around RM100+ color blue black.

tahun ni tema raya kami MERAH mak ngah . ekekee :)

so cari punya cari takde yang B berkenan dengan design sut baju melayu yang ditawarkan . actually B memang cerewet sikit bab bab pemilihan baju . tu je la perangai die yang saya agak pening memikirkan . B kalau bab makanan dia langsung tak kisah . makan la apa pon . order la apa pon . dia akan makan . cuma makanan tu haruslah NASI dan makanan ala ala kampung . permasaalahannya ialah saya ni sukakan makanan ala ala Western . kalau nak cari restaurant sangat susahkan puaskan hati kami berdua . tapi kadang kadang kami bertolak ansur dan selang seli . kejap masakan kampung , sekejap masakan Western . give and take . tapi kalau bab pakaian , B memang cerewet . susah nak puaskan hati dia bab bab pakaian ni . motip utama ciri ciri baju pilihannya ialah :

1. baju tu kena ada colar . wajib bercolar . kalau baju t-shirt yang takde colar , dia akan buat baju untuk tido je katanya -.-"

2. baju tu tak nak bercorak atau berjalur banyak banyak . kalau ada corak dan tulisan pon mesti sikit je . takde la baju berbunga bunga bagai . kalau t-shirt tu kosong , lagi dia suka -.-"

3. baju tu kainnya haruslah berlubang lubang . maksudnya bukan kain cotton . contohnya macam baju t-shirt POLO , kan bajunya berlubang lubang . haaahh , camtu la dia suka -.-"

tapi kalau ade perkara yang mewajibkan dia memakai t-shirt selain berciri cirikan di atas , dia kena paseghah jugak makai . ekekekee :)

berbalik pada baju raya B , kami TAK JUMPA pon yang dia berkenan . as usual perangai fussynya berpindah ke baju sut melayu . dia tanak baju melayu yang licin , kainnya kena lembut dan kesat . agak susah nak dicari gitteeww -.-"

lastly , tunangnya ni yang bershopping . aim sepatutnya arini nak cari baju sut melayu B sahaja sebab semalam da shopping sakan kat SOGO ngan Jalan Tar sampai balik lewat malam bersama rakan-rakan . tapi saya hanya insan yang lemah . tak mampu menahan diri dari perkataan SHOPPING . akhirnya telah grab handbag -.-"

handbag POLO ada discount 50% gila tanak amek . actual price RM219 , after sale jadi RM109 . hahahaa . hamekkk :)

kendian saya pon IFTAR dengan bahagianya . pastu kecian dengan B , cakap kat dia "takpa B, nanti owang teman B g shopping sut baju melayu kat Jalan Tar seblom Raya ya" huahuaa :)





*tak tau awat gambaq B tak leh nak rotate -.-"

*owh by the way , kalu nak reserved untuk IFTAR , korang buleh call number ni untuk booked kat Kenny Rogers Roaster , Aeon Rawang :
03-60914626



Friday, August 12, 2011

Berbuka Puasa Dengan Encik Meor di Rasamas Mid Valley :)

aritu pegi jalan2 dengan Encik Meor . nak shopping baju raya . target kitorang ialah Jalan Tar dan juga Mid Valley . jadi kami juga berbuka puasa di Mid Valley . nareiQa request nak makan Pizza for our berbuka kali ni . kami pon masuk la kat restaurant Domino's Pizza . giler penuh . kami pon pergi la kat seblahnye iaitu Popeye Pizza . baru je nareiQa nak jejak kaki kat dalam Popeye tu tibe2 je Encik Meor cakap nak makan nasi . die plak yang request . ayamak . sedihnye . so tepaksa la nareiQa pergi depan Popeye tu iaitu restaurant RasaMas . huuu T____T .

nak makan nasik sangat ni la dapatnye kempunan pizza :'(

satay is nareiQa fav :)

satay for our berbuka :)

air Fizzy sedap :)

Encik Meor order Nasi Lemak Rendang :)

nom nom nom :)

ni nasi nareiQa pakej Ramadhan :)

muka lapor (-.-")

yay ! da berbuka (happy) !

nom nom nom :)

satay RasaMas Ramadhan Special :)

Encik Meor makan 2 batang je :)
yang lain nareiQa mamam . yay :P




Thursday, August 11, 2011

NASI ARAB D MARA TELUK INTAN :)


hi yuolls , ingat lagi tak kat entry lepas nareiQa and family pergi makan kat Nasi Arab area Bandar Baru , so entry kali ni nareiQa nak share ngan yuolls pasal Nasi Arab area D Mara Teluk Intan plak . hahaa . asyik makan nasi arab je . tu la pasalnye . dah . dah . dah . jangan complain , jom layan .


so , kali ni Nasi Arab D Mara Teluk Intan pulak terletak bersebelahan dengan Butik Avon , dekat dengan bustand dan tempat teksi Teluk Intan , laa dekat dengan pasaraya Billion la gak , kalu tak tau pegi je kat Butik Avon , restaurant ni terletak betul2 je seblahnye :D


kali ni siyes tak rancang nak makan Nasi Arab , benda ni berlaku on the spot . citernye camni , Kak Yong nareiQa call dan tanya nak makan ape :


(dalam talian nfon)


Kak Yong : nak makan ape ?
nareiQa : kejap , tanye mak jap .
- nareiQa pergi tanye mak nak makan ape malam ni .
Mak : beli la satay ke .
nareiQa : kak yong , beli je la satay . adik ngan kakak nak Mekdi kot .
Kak Yong : urm , jom la dinner kat Nasi Arab .
nareiQa : hah ? Nasi Arab lagi ?
Kak Yong : kali ni bukan Nasi Arab Bandar Baru , layan Nasi Arab kat pekan plak . kami tunggu kat sini .
(kak Yong dan abang ipar Abang Shah dah ada kat restaurant tu)
nareiQa : owh oke . nanti kitorang datang :D


so , nareiQa dan mak dan niece nareiQa (kakak dan adik) pon berangkat la mengdinnerkan diri di Nasi Arab lagi :D


kali no no no Nasi Arab . nareiQa tammo Nasi Arab dah . niece nareiQa pon da tammo Nasi Arab . so , kali ni nareiQa order Carbonara Seafood dan kakak order Fish n Chips dan adik plak order Chicken Chop . pelayan tu kata Fish n Chips da abeh so tepaksa la kakak order lain , jadi die pilih same ngan adik : Chicken Cop jugak .


Mak , Kak Yong and Abang Shah still mam Nasi Arab again :P


air kali ni tammo yang JUMBO , kang tak abeh . kan membazir tu nyah . so , nareiQa nak order Blue Ice Blended . tapi pelayan tu kata da abeh gak . so nareiQa tukar Vanilla Chocolate Blended . perrrgggghhh . memang sedap . siyes sedap air die . HOLIAO ! Kak Yong plak order Latte Blended , kakak order Vanilla Blended (siyes sedap gak) dan adik plak order Chocolate Blended (pon sedap) . Tehee . sume air they all nareiQa tumpang rase sekali :)


jom la layan gamba nareiQa and family dinner kat Nasi Arab area D Mara Teluk Intan plak :D
sowi kualiti gamba agak kurang
kerana bateri DigiCamera sudah abes
T_____T
Vanilla Chocolate Blended :)

Carbonara Seafood :)

Chicken Chop Adik :)

Abang Shah dan Kakak :)

Kak Yong , Abang Shah dan Kakak :)

Nasi Arab :)

nom nom nom :)

makanan nareiQa ABES !

makanan Adik ABES !

ni la tempatnye :)

Kakak dan Adik :)

Mak dan Kak Yong :)

nareiQa dan Adik :)

nareiQa , Kakak dan Adik :)

lepas abeh makan ni la kejenye begamba:)

D Mara Teluk Intan :)


mase adik tengah minum air Chocolate Blended tu tiba2 je adik cakap :
"urmmm , air ni rasa macam Koko Tok Abah"
Kak Yong nareiQa tekejut , Mak nareiQa pon tekejut gak .
"siapa Tok Abah?" tanya mereka .
setahu mereka , mereka tiada sanak saudara kami yang bernama Tok Abah .
(T_____T")
nasib baik la Mak Usu mereka (nareiQa la Mak Usu tu) rajin menonton cerita cartoon .
nareiQa pon cakap :
"owh , Tok Abah tu dalam citer Boboi Boy" mereka pun ketawa :D


* hahahaa . adik ni penah rasa ke Koko Tok Abah ? sebab die cakap rase Chocolate Blended kat restaurant Nasi Arab tu same cam rasa Koko Tok Abah . huuu . confius kejap . ahh . layan je la adik tu ye dakkkk korang :P